Pengambilan Perajurit Muda TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) 2020. Minima SPM.

Tentera Laut Diraja Malaysia
Seluruh Negeri RM1774.00 - RM2341.07

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020| Kepada semua lepasan SPM/SVM dan juga lepasan Diploma Kejuruteraan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia tanah air yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota lain-lain pangkat (IPT) bagi mengisi permohonan pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 222/20.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda yang berminat beberapa maklumat yang penting untuk anda memohon bagi menyertai Perajurit Muda TLDM.

Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Syarat Kelayakan

Dibawah ini disenaraikan syarat – syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 25 pada tarikh 1 Mac 2021
  • Skim SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita
  • Skim Diploma Kejuruteraan – Lelaki sahaja
  • Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  • Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana
  • Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberikan keutamaan.
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada atlit yang sedang aktif mewakili Negeri atau Negara dalam kejohanan yang diiktiraf dalan sukan tertentu

Kelayakan Lepasan SPM/SVM

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
  • Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
    – Bahasa Inggeris
    – Matematik
    – Sains
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu

Kelayakan Lepasan Diploma Kejuruteraan

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi.
  • Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualificaion Agency (MQA) seperti berikut:
    – Diploma in Engineering
    – Diploma in Electrical Engineering
    – Diploma in Electronics Engineering
    – Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    – Diploma in Marine Engineering
    – Diploma in Mechanical Engineering
    – Diploma in Mechatronic Engineering
    – Diploma in Manufacturing Engineering
    – Diploma Engineering in Aircraft Maintenance
    – Advanced Diploma in Engineering

Taraf Kesihatan

  • Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
  • Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  • Lelaki – Ketinggian minimum 1.62 meter, Berat minimum 47.5kg (BMI 18.0 – 25.0)
  • Perempuan – Ketinggian minimum 1.60 meter, Berat minimum 46.5kg (BMI 18.0 – 23.0)

Langkah-langkah Membuat Permohonan : Klik Bawah




1. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 1 Ogos 2020.

2. Layari laman tersebut untuk mengisi permohonan: [Klik Sini]

3. Butiran maklumat awal pemohon akan disemak dan diproses oleh TLDM.

4. Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel yang didaftarkan pada 31 Ogos 2020

5. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang

6. Pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui SMS dan EMAIL, kemudian Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih

7. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja

ELAUN & KEISTIMEWAAN

Gaji permulaan adalah seperti berikut:

  • Latihan Perajurit Muda (6 Bulan) – RM1,774.00
  • Diperjawatkan (kelulusan) SPM/SVM – RM1,879.00
  • Diperjawatkan (kelulusan) Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) – RM2,341.07
    *Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Intensif Khas ATM (RM200)

Keistimewaan

  • Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
  • Bayaran Elaun dan Insentif (tertakhluk syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Khas Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan
  • Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waran perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera, peluang melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 22220 Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM SVM Diploma

MAKLUMAT PENTING

Hanya calon yang mengisi borang secara atas talian serta memenuhi syarat yang telah dinyatakan berpeluang dipilih untuk ke pemilihan awal. Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran atas talian tidak akan dipertimbangkan.

Bagi mendapat maklumat lanjut, anda boleh ke alamat berikut:

Markas Tentera Laut
Cawangan perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur
Emel: [email protected]
Tel: 019 2104163

 

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Sila Share Artikel Ini Dahulu!