Lebih 51,260 Jawatan : Daftar MyFutureJobs Perkeso Sekarang!

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Daftar MyFuturejobs Perkeso | Kita semua sedia maklum disebabkan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan disebabkan wabak ini. Namun begitu, kerajaan tidak pernah biarkan rakyat Malaysia susah.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan satu portal yang mana akan membantu penggangur serta graduan yang baru menamatkan pengajian untuk mencari kerja. Portal tersebut diberi nama MYFutureJobs ini akan menyediakan padanan pekerjaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

PenjanaKerjaya daftar

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan kehilangan pekerjaan akibat daripada wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Graduan yang baru tamat pengajian juga mula bimbang pasaran kerja pada masa kini semakin berkurangan. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai Portal MyFutureJobs bagi penganggur atau graduan yang ingin mencari pekerjaan.

PORTAL MYFUTUREJOBS Perkeso

Daftar MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur

MYFutureJob merupakan salah satu portal dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Portal ini diwujudkan susulan program Pejana Kerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

penjana kerjaya info

Rakyat Malaysia digalakkan untuk mendaftar di portal ini termasuklah graduan dan juga lepasan sekolah. Namun begitu, bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet bagi tujuan pendaftaran, anda boleh terus menghubungi pihak PERKESO atau hadir ke pejabat PERKESO yang berdekatan.

Kepada majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing boleh mendaftarkan profil syarikat di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bermula 15 Jun. Majikan yang mengambil pekerja menerusi program ini mesti mendaftarkan pekeja-pekerja ini dengan PERKESO bagi caruman wajib.

CARA DAFTAR PORTAL MYFUTUREJOBS




Dibawah ini dikongsikan kepada anda cara – cara mendaftar di Portal MYFutureJob :

  • Layari portal Klik Sini
  • Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  • Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register’
  • Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
  • Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.

LOG MASUK KE PORTAL MYFUTUREJOBS

Setelah selesai mendaftar, berikut adalah langkah untuk log masuk ke portal:

  • Layari portal Klik Sini
  • Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  • Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

DAFTAR MAJIKAN MYFUTUREJOBS

Bagi majikan yang ingin mendaftarkan kekosongan jawatan di portal MyFutureJobs, anda boleh mengikuti langkah berikut:

  • Layari portal Klik Sini
  • Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  • Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
  • Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
  • Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs bakal dihantar dan diterima oleh syarikat

PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA PENJANAKERJAYA

Kerajaan telah memperuntukkan insentif berjumlah RM1.5 bilion bagi program ini dengan sasaran lebih 300,000 pencari kerja. Majikan boleh memohon insentif ini mulai 15 Jun 2020 melalui portal Penjana Kerjaya PERKESO.

Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang berjaya diambil bekerja di bawah program ini menerusi portal Penjana Kerjaya bagi mendapatkan kelulusan bayaran insentif. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar bagi bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar.

Majikan hanya perlu membuat sekali sahaja permohonan untuk insentif ini dan pembayaran insentif akan dibuat selama 6 bulan secara automatik. Majikan boleh pilih senarai kursus yang diluluskan di dalam Penjana Kerjaya PERKESO bagi latihan dan peningkatan kemahiran untuk pekerja menerusi program ini.

Dibawah ini disenaraikan insentif yang disediakan kepada majikan yang menyertai Program Penjanakerjaya ini:

  • RM600 sebulan bagi pengambilan perantis
  • Rm800 sebulan bagi pengambilan pekerja berumur 40 tahun dan ke bawah
  • RM1,000 sebulan bagi pengambilan pekerja 40 tahun dan ke atas atau dari golongan OKU

PROSES PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA

Berikut merupakan paparan mengenai proses Program Insentif Pengambilan Pekerja akan dilaksanakan bagi memudahkan anda membuat rujukan:

Daftar MYFutureJobs PERKESO PenjanaKerjaya Untuk Penganggur1 750x563 1

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau ingin mengajukan soalan, anda boleh rujuk pautan yang disediakan di bawah atau hubungi PERKESO di talian berikut:

Emel : [email protected]
Talian : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Sila Share Artikel Ini Dahulu!