SPA8i: Cara Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam


Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

SPA8i: Cara Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

Berikut dikongsikan panduan pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan cara membuat semakan SPA8i secara online.

Untuk makluman, tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu tahun sahaja.

Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Permohonan jawatan melalui borang SPA8i juga terhad kepada 15 jawatan sahaja tidak termasuk jawatan kosong PDRM.

Sekiranya permohonan anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, pihak SPA berhak untuk membatalkan kesemua permohonan anda.

Anda dinasihatkan untuk mengemaskini borang pendaftaran pekerjaan di portal rasmi spa.gov.my

PENDAFTARAN PEKERJAAN

Untuk mendaftar, anda boleh mengisi borang secara online.

Sila gunakan browser Google Chrome ketika proses pendaftaran.

Pendaftaran boleh dibuat menggunakan pautan di bawah:

Calon juga diminta memasukkan alamat emel yang sedang digunakan.

Ini bagi memudahkan pihak SPA membuat hebahan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga yang berkaitan.

SEMAKAN SPA8I 2019


Bagi mengisi borang SPA8i secara online, anda perlu mendapatkan MyID dengan cara klik “Daftar MyID Baru” seperti tertera di atas.

Skrin daftar akaun baru akan dipaparkan seperti di bawah:

Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan terutama yang bertanda *.  Nombor kad pengenalan dan nama
penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.

Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.

Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

Antara maklumat yang perlu diisi pemohon termasuklah:

  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM dan sebagainya)
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Maklumat Tambahan seperti kebolehan bahasa

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat, anda perlu mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.

Borang SPA8i juga digunakan untuk memohon jawatan kosong Polis Diraja Malaysia.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Download manual pengguna ini untuk info lanjut tentang proses pendaftaran SPA8i.

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain

      1. Cara Mohon Jawatan Polis: Konstabel, Sarjan Dan Inspektor 2019
      2. KWSP: Akaun 1 & 2 Tak Perlu Tunggu Umur Bersara
      3. KWSP: Semakan Penyata (i-Akaun) Baki Terkini & Pengeluaran 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.