kwsp

KWSP: Semakan Penyata (i-Akaun) Baki Terkini & Pengeluaran 2019

KWSP: Semakan Penyata (i-Akaun) Baki Terkini & Pengeluaran 2019

Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.

i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

PENDAFTARAN I-AKAUN

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

SEMAKAN PENYATA KWSP ONLINE



Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Cara-caranya…

Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun anda dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.

gif,GIF89a%01%00%01%00%80%00%00%00%00%00%FF%FF%FF%21%F9%04%01%00%00%00%00%2C%00%00%00%00%01%00%01%00%00%02%01D%00%3B

Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima. Klik Login. Selepas berjaya login,

sila cipta kata laluan dan pilih imej online.

Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.

Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya

Penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan seperti berikut:

gif,GIF89a%01%00%01%00%80%00%00%00%00%00%FF%FF%FF%21%F9%04%01%00%00%00%00%2C%00%00%00%00%01%00%01%00%00%02%01D%00%3B

Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan.

MEMOHON PENGELUARAN KWSP

Seperti dimaklumkan, selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.

Caranya mudah sahaja.

Klik pada button Pengeluaran dan isi segala maklumat yang diminta.

Anda akan dihubugi pegawai KWSP untuk pengesahan pengeluaran.

kwsp

caruman kwsp

Sedikit tips bagaimana untuk elakkan sebarang kecurian maklumat login i-Akaun anda:

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain

      1. KWSP: Semakan Online 2019 Caruman Tak Dituntut & Proses Penamaan KWSP
      2. eGUMIS 2019: Semakan Online Wang Tak Dituntut & Proses Bayaran Balik
      3. 14 Lokasi Seluruh Malaysia Untuk Semakan Wang Tak Dituntut


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.