Pembelian No Pin UPU

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Pembelian No Pin UPU | Ini adalah berita baik kepada anda! Jika anda merupakan pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam, Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti bagi sesi 2020/2021 melalui UPU Online, anda perlu baca artikel ini hingga ke akhir.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda maklumat – maklumat penting bagi permohonan UPU Online.

UPU Online 2020

Mulai 24 Februari 2020, calon bagi lepas SPM, STPM dan Diploma atau setaraf boleh mula membuat permohonan UPU Online bagi sesi 2020/2021. Berdasarkan hebahan terkini Permohonan UPU online, telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2020/2021 mulai 24 Februari 2020 sehingga 7 April 2020.

Namun, untuk mengemukakan permohonan, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

UPU Online merupakan sistem atas talian yang dibuat khusus untuk tujuan memudahkan urusan pelajar membuat permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Antara program yang dibuka untuk permohonan termasuk dalam peringkat sijil, asasi, diploma, dan ijazah sarjana. Para pelajar digalakkan agar meneliti bidang-bidang pengajian yang bakal dipilih mengikut potensi, kemahiran, dan minat serta kelulusan pengajian sebelum ini.

Harga bagi setiap pin Unik ID UPU pada tahun ini tidak berubah iaitu masih kekal dengan harga sebanyak RM15.60 (tiada caj/cukai dikenakan ke atas permohonan UPUOnline). Pelajar digalakkan agar peka dengan tarikh-tarikh penting melibatkan permohonan UPU Online yang bakal diumumkan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

TARIKH BELI PIN UNIK ID UPU

Dibawah ini adalah tarikh bagi pembelian nombor Pin Unik ID UPU di mana mana BSN yang berhampiran anda mulai tarikh berikut:

Pembelian no pin upu img 1

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU DI BSN

Buka 👉24 Februari 2020
Tutup 👉7 April 2020

Pemohon dikehendaki memastikan nombor Pin UPU berharga RM15.60 yang dibeli di BSN adalah mengikut kategori masing-masing seperti berikut:

Pembelian no pin upu img 2

Cara Pembelian Nombor PIN Unik UPU

  • Terus ke Kaunter BSN
  • Mesin ATM.
  • Perbankan Internet (Online Banking)

PERKARA PENTING PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU

Sebagai makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU mestilah berdasarkan kepada perkara berikut sebagai rujukan:

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan (IC)
  • Setelah selesai pembayaran untuk nombor pin Unik ID, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPU 2020, anda b0leh mendapatkan maklumat tersebut di :

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 Putrajaya
  • Phone : 03-8870 8200
  • Fax : 03-8870 6864
  • E-mail : [email protected]

👉 Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
👉 FB Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!