KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
Home Portal Rasmi

Daftar Akaun Tabung Haji Online

Fyqa HR by Fyqa HR
February 11, 2020
daftar tabung haji online thijari cara
  • 415shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Daftar Akaun Tabung Haji Online | Mulai 5 Februari 2020, Tabung Haji telah melancarkan satu platform digital terbaharu yang diberi nama “THiJARI” bagi memudahkan para pendeposit Tabung Haji (TH).

Dalam Portal Rasmi ini, akan kongsikan kepada anda semua mengenai THiJARI dan langkah – langkah untuk mendaftar Tabung Haji menggunakan platform ini.

THiJARI

THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.

THIJARI : PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem THiJARI adalah seperti berikut:

1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Daftar Akaun Tabung Haji Online img 1

JawatanLain-Lain

BPR Bantuan Prihatin Rakyat. Bantuan Sehingga RM1,800. Untuk B40 & M40.

TERKINI : Semakan BPN 2.0 Bayaran Fasa Kedua. Dibayar Bermula Pada 21 Januari 2021.

Tarikh Bayaran i Sinar KWSP – Dah Masuk Secara Berperingkat!

  • Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).
  • Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2. Urusan Haji

Daftar Akaun Tabung Haji Online img 2

  • Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji.
  • Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati.
  • Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.
  • Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

3. Kelab Taha/[email protected]

Daftar Akaun Tabung Haji Online img 3

  • Pendaftaran Kelab Taha/[email protected] boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/[email protected], penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa boleh dilakukan.

CARA DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI ONLINE MENGGUNAKAN THiJARI





Pendeposit perlu pastikan dimana mereka telah mengemaskini segala maklumat ahli termasuklah maklumat nombor telefon bimbit di mana – mana kaunter TH yang berdekatan. TAC atau nombor pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan. Jika anda telah mengemaskini maklumat, anda boleh terus menggunakan perkhidmatan ini tanpa perlu ke kaunter TH.

cara daftar akaun tabung haji thijari online

Langkah Mudah Untuk Menggunakan THiJARI

  • Layari laman web THiJARI : www.thijari.com.my.

Daftar Akaun Tabung Haji Online img 4

  • Jika anda telah membuat pendaftaran sebelum ini, anda boleh terus login sistem THiJARI dengan masukkan ID Pengguna. Namun jika anda belum pernah logmasuk, anda boleh ikuti arahan dibawah.
  • Bagi Pendaftaran Baru, klik pada [Pendaftaran] dan masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH yang telah anda daftarkan di kaunter. Klik [Seterusnya] dan kemaskini segala butiran yang diminta.

Daftar Akaun Tabung Haji Online img 5

  • Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon yang telah didaftarkan. Seterusnya sila masukkan maklumat peribadi anda seperti yang diminta.

Setelah selesai semua langkah diatas, pendeposit boleh terus menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh THiJARI.

P/S : Sudahkah anda membuat kemaskini BSH untuk fasa yang kedua? Jika belum, sila berbuat demikian sebelum 15 Mac ini. Jika anda ingin membuat semakan wang tak dituntut, boleh lakukan secara online di wesbite egumis.

Maklumat Lanjut THiJARI

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan mempunyai apa – apa pertanyaan yang berkaitan THiJARI, anda boleh terus ke mana – mana Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau terus menghubungi :

Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

Sempena pelancaran ini, Kempen #simpandaftardanmenang turut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pendeposit berumur 18 tahun ke atas memenangi hadiah wang tunai dan pakej umrah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM300,000.

  • 415shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Categories

  • 1MDB
  • Biasiswa
  • BMW Malaysia
  • Car
  • Cara Memohon
  • Creative Commons Malaysia
  • Jawatan Kosong Johor
  • Jawatan Kosong Kedah
  • Jawatan Kosong Kelantan
  • Jawatan Kosong KL
  • Jawatan Kosong Kuantan
  • Jawatan Kosong Melaka
  • Jawatan Kosong Pahang
  • Jawatan Kosong Perak
  • Jawatan Kosong Perlis
  • Jawatan Kosong Pulau Pinang
  • Jawatan Kosong Putrajaya
  • Jawatan Kosong Sabah
  • Jawatan Kosong Sarawak
  • Jawatan Kosong Selangor
  • Jawatan Kosong SPA
  • Jawatan Kosong Swasta
  • Jawatan Kosong Terengganu
  • Jawatan Kosong Terkini
  • Jawatan Negeri Sembilan
  • KWSP
  • Lain-Lain
  • Meps Atm
  • Pakatan Rakyat
  • Pegawai Tadbir
  • Perkeranian / Operasi
  • Portal Rasmi
  • PSH
  • SAPS
  • SPA
  • SPP
  • Utusan Group
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Post A Job
  • Privacy Policy
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 415shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Dapatkan Jawatan Tanpa Kabel WHATSAPP