PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (KONTRAK / TETAP)

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (KONTRAK / TETAP)

Pemohon diwajibkan untuk membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Di Tawarkan

JAWATAN                                             :         PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
KEKOSONGAN JAWATAN                  :          02
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN          :          KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN            :        PELAKSANA
TARAF JAWATAN                                :         KONTRAK / TETAP
GRED JAWATAN/GAJI                        :         GRED W19
RM1,353.00 – RM4,005.00

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT TAMBAHAN

  1. Calon hendaklah berkebolehan dan mahir dalam menggunakan software Microsoft Word/Excel/Power Point dengan baik.
  2. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.

CARA MEMOHON

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
  1. Calon yang mempunyai Ijazah, diploma / sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  1. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, Sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

 

         CATATAN

  1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  1. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

                           TARIKH BUKA IKLAN       :  19 JUN 2023 (ISNIN)

                           TARIKH TUTUP IKLAN     :  10 JULAI 2023 (ISNIN)

JAWATAN DAN PERMOHONAN

Untuk Memohon Jawatan Kerja Yang Lain (Tekan Link Dibawah):

  1. Jawatan Kosong Terkini Jabatan Kerajaan (Bukan Islam). Gaji RM2,695.02-RM5,701.00
  2. Pengambilan Jawatan Kosong Di Jabatan Kerajaan Gaji RM2,100Jawatan Kosong UKM Kesihatan Malaysia
  3. Jawatan Kosong Telekom Malaysia (TM) 2023
  4. Jawatan Kosong di UKM Kesihatan Sdn Bhd

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×