KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Lelaki Diugut & Dicekik Lelaki Beserban Akibat Disuruh Pakai Pelitup Muka

Lelaki Diugut & Dicekik Lelaki Beserban Akibat Disuruh Pakai Pelitup Muka

Lelaki Diugut & Dicekik Lelaki Beserban Akibat Disuruh Pakai Pelitup Muka

Norma baharu bagi kita semua untuk memakai pelitup muka di tempat awam, memeriksa suhu dan mengimbas kod MySejahtera. Ini adalah SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN bagi menangani virus Covid-19 di tempat awam. KIta harus mematuhi SOP bagi kesejahteraan diri sendiri dan orang lain.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video rakaman CCTV di sebuah kedai Masbukti, Senawang dimana memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak di ‘luar kawalan’ dengan mencekik dan mengugut seorang pekerja di premis perniagaan tersebut.

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian rupa selepas ditegur oleh pekerja kedai kerana tidak memakai pelitup muka dan juga tidak mengimbas kod MySejahtera.

Malah, pekerja tersebut cuba untuk berbincang dan menenangkan lelaki tersebut namun pelawaannya ditolak. Menurut laporan, lelaki berusia 50 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang telah dilakukan oleh mangsa yang berusia 22 tahun.

Suspek akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Sila patuh SOP yang disediakan dimana sahaja anda berada.

×