KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Bantuan Pelajar Sabah 2021 RM200-RM1000 Secara One-off

Bantuan Pelajar Sabah 2021 RM200-RM1000 Secara One-off


Bantuan Pelajar Sabah 2021 RM200-RM1000 Secara One-off

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah telah umumkan bahawa terdapat bantuan anak-anak Sabah terutamanya para pelajar sekolah dan pelajar universiti.

Terdapat tiga jenis bantuan untuk para pelajar. Antaranya, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).

Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan ini:

BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM200 Setiap Seorang.

Syarat Bantuan

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Pelajar tidak perlu memohon tapi akan dikenalpasti dan dibayar melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.
  • Bayaran akan dibuat sebelum peperiksaan berkenaan dilaksanakan (Mei ke atas)

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT SECARA ONE OFF (BUDI)

Para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 seorang.

Syarat Bantuan

  • Terbuka kepada pelajar melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah berumur tidak lebih 25 tahun.
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000.00 dan ke bawah.
  • Pelajar telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini (disahkan oleh IPT tempat pelajar belajar).
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar di IPT tempat beliau belajar.

Tarikh tutup permohonan pada 30 Oktober 2021.

Cara Permohonan

Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/login.php untuk membuat permohonan.

BANTUAN IHSAN KOMPUTER (BAIK)

10,000 buah komputer riba untuk fasa 1.

Syarat Bantuan

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar.
  • Satu komputer Untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh hubungi:

Puan Rosni Leong – 088 369 865
Puan Mary – 088 369890/ 088 369872
Atau layari https://mttk.sabah.gov.my/

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×