KWSP: Semakan Online 2019 Caruman Tak Dituntut & Proses Penamaan KWSP

KWSP: Semakan Online Caruman Tak Dituntut & Proses Penamaan KWSP

Mengikut data tahun 2016, lebih 10.9 juta pencarum KWSP tidak membuat penamaan. Ianya melibatkan nilai RM232.7 bilion.

Sekiranya wang caruman tidak dituntut, ia akan disimpan di KWSP sehingga ahli mencapai umur 100 tahun sebelum dipindah ke Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Proses penamaan merupakan tanggungjawab setiap ahli KWSP supaya memudahkan urusan di kemudian hari.

PENAMAAN KWSP

kswp

Penamaan boleh dibuat kepada individu atau institusi yang diluluskan. Untuk ahli beragama Islam, ahli dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak atau ibu bapa. Ahli juga boleh menamakan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama. Manakala bagi ahli bukan Islam, anda boleh menamakan waris terdekat dan boleh melantik ARB sebagai pemegang amanah kepada penama yang di bawah umur 18 tahun. Proses penamaan boleh dibuat dengan mengisi KWSP 4 di mana-mana cawangan KWSP seluruh Malaysia.

Antara dokumen penamaan yang diperlukan ialah:

  • Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan passport yang sah laku
  • Salinan dokumen pengenalan diri penama (bagi yang menamakan individu)

Semakan penamaan boleh dibuat menerusi i-Akaun atau cawangan KWSP berhampiran.

Namun perlu diingatkan, penamaan yang telah dibuat akan terbatal sekiranya:

  • Penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup
  • Ahli mengemukakan Borang Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  • Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Penama belum mencapai umur 18 tahun ketika permohonan pengeluaran kematian dibuat oleh penama/waris
  • Penama tidak membuat permohonan pengeluaran dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli

SEMAKAN CARUMAN KWSP TAK DITUNTUT


KWSP kini mencari mana-mana pencarum yang berumur 75 tahun ke atas (atau waris) yang masih mempunyai baki di dalam akaun 1 & 2 untuk mengeluarkan baki caruman anda.

Semakan caruman KWSP tak dituntut boleh dibuat secara online di portal rasmi KWSP atau klik di sini untuk semakan.

Hanya masukkan nombor kad pengenalan atau nombor ID ahli KWSP sahaja untuk semakan.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut tentang penamaan dan caruman KWSP tak dituntut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Jom namakan penerima simpanan anda hari ini juga!

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain

      1. eGUMIS 2019: Semakan Online Wang Tak Dituntut & Proses Bayaran Balik
      2. 14 Lokasi Seluruh Malaysia Untuk Semakan Wang Tak Dituntut
      3. Wang Tak Dituntut Dan Proses Bayaran Balik WTD Secara online

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.