
Alhamdulillah kerajaan Selangor telah mengumumkan bahawa Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) akan diteruskan dengan penambahan 5,000 lagi penerima pada tahun 2021. Anda boleh memohon dengan mengikuti cara dibawah namun program ini terhad kepada 5000 penerima sahaja, jika anda tidak berjaya boleh cuba pelbagai bantuan kerajaan yang lain. Kami mendokan yang terbaik untuk anda.
Program itu menyediakan bantuan bulanan RM200 kepada golongan ibu-ibu di Selangor, kata YAB. Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor menerusi Belanjawan Selangor 2021 pada 30 Oktober lalu. Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan membuat permohonan untuk mendaftar program KISS Selangor 2021 ini.

Apakah Program KISS Selangor?
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaun ibu di Selangor.
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Menerusi program ini, peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (tanpa tunai menggunakan kad KISS Selangor).
Syarat Kelayakan
SYARAT UTAMA
Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
Syarat-syarat lain:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan
Cara Daftar Program KISS Selangor 2020/2021
Cara mendaftar Program KISS Selangor 2021/2021 boleh dilakukan melalui cara ini:
i) Secara Manual
Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :
Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
Pusat Wanita Berdaya
Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.
ii) Secara Online
Permohonan secara atas talian di laman web www.kiss.com.my akan dibuka dalam masa terdekat.
Manfaat Kad KISS Selangor
Jika anda layak dan berjaya diterima dalam Program KISS Selangor, anda akan mendapat Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.
Kad KISS yang berfungsi seperti kad debit ini boleh digunakan untuk membuat pembelian barang keperluan di pasaraya berdaftar.
Senarai barangan asas yang boleh dibeli melalui kad ini ialah
- Beras
- Mi dan bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayuran dan buah-buahan
- Daging, ayam, ikan
- Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
- Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
- Produk tenusu
- Barangan persekolahan
Cara menggunakan kad boleh dirujuk dalam rajah di bawah ini.
Senarai kedai berdaftar boleh dirujuk di SINI.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Program Kasih Ibu Smart Selangor ini, anda boleh hubungi pihak pengurusan di talian hotline 1800-22-6600, talian telefon 03-5525 6900 atau e-mel [email protected].
Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
