Isu Semasa » Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)

Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)

Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)

Bagi yang sudah mula bekerja atau sedang memulakan perniagaan, anda disarankan untuk daftar LHDN pertama kali sebelum memulakan e-filing.

Ia bukan saja menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, daripada pengisytiharan cukai kita di LHDN juga, institusi kewangan mudah untuk membuat perhitungan dan meluluskan pinjaman bank.

Di sini kami kongsikan cara mendaftar LHDN dan kebaikan Income Tax.

Siapa Kena Daftar Income Tax?

  1. Golongan pertama ialah individu yang memperoleh gaji tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) akan dikenakan cukai.
  2. Mereka yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian).
  3. Individu yang menjual / membeli hartanah.

Apa Kebaikan Daftar LHDN / Income Tax Ni?

  1. Kemudahan pembiayaan loan jika ingin membeli aset atau mengembangkan perniagaan.
  2. Mengelakkan daripada sebarang denda dan penalti di kemudian hari.
  3. Sebagai percukaian untuk membantu orang yang susah.

Cara Daftar LHDN Pertama Kali (e-Daftar)

Sebelum boleh buat e-filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.

Cara daftar LHDN pertama kali boleh dirujuk di bawah:

  1. Layari http://www.hasil.gov.my atau terus ke pautan e-Daftar.
  2. Pilih menu Daftar Pembayar Cukai Individu / Syarikat.
  3. Semak no. cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.
  4. Jika belum berdaftar, sila isikan maklumat pada ruangan yang disediakan.
    Sekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, Mesej Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah akan dipaparkan.
  5. Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
  6. Sila catatkan atau cetak No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai
    No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai ini diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.
  7. Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan.
  8. Untuk semakan, klik pada pautan Info Daftar
  9. Kemudian boleh cetak maklumat pendaftaran ini.
  10. Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan atau melalui faksimili ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400; atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara on-line melalui e-Kemaskini.

Peringatan : Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar LHDN

Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:

Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;

Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;

Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.

Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.

Semak Status Permohonan

Selepas beberapa hari bekerja, sila semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.

Nombor permohonan akan diberi setelah borang pendaftaran online diterima.

Jika permohonan anda telah diterima dan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi e-filing pula nanti.

Persediaan Untuk e-Filing

Dah dapat nombor PIN e-Filing apa nak buat?

Apa lagi yang diperlukan?

Selepas daftar income tax, barulah kita boleh declare income tax.

Caranya dengan membuat e-filing.

Apakah e-Filing ni sebenarnya?

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat. Nak buat manual pun boleh, cuma lecehlah nak ke pejabat dan isi borang di sana.

Sebagai persediaan untuk buat e-Filing nanti, kita perlukan borang EA atau borang EC untuk isytiharkan pendapatan kita.

  • Penyata gaji pekerja kerajaan – Borang EC.
  • Penyata gaji pekerja swasta – Borang EA.
  • Penyata bayaran insentif – Borang CP58 (Individu yang menerima komisen contohnya ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier)
  • Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2021.
  • Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2021.
  • Selain mendapatkan dokumen ini, anda juga boleh kumpulkan semula resit-resit perbelanjaan yang melayakkan untuk pengecualian cukai, contohnya resit bayaran zakat, SSPN, Takaful, atau resit perubatan ibu bapa.

TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.

Tarikh e-Filing

e-Filing boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun.

Maklumat Lanjut

Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
Faks ke nombor : 03-4289 3400
E-mel: [email protected]
Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Daftar LHDN Pertama Kali Untuk Declare Income Tax (e-Filing)” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

×