AES & AwAS: Senarai 30 Lokasi di Malaysia

AES & AwAS: Senarai 30 Lokasi di Malaysia

Kali ini terdapat 30 lokasi kamera AES dan AwAS seluruh Malaysia.

Untuk makluman, AES (Automated Enforcement System) adalah sistem penguatkuasaan jalan raya yang beroperasi sepanjang masa secara automatik tanpa sebarang campur tangan manusia.

Baca juga: Cara Semak Saman JPJ & AES 2019

PENGENALAN APA ITU AES

AES adalah satu sistem pengesan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Antara matlamat AES adalah untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).

Selain itu, pelaksanaan AES diharap mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:

  • 24 jam
  • Tidak bermusim
  • Tiada campur tangan manusia

Bagaimana AES Berfungsi?

AES & AWS

AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memandu melebihi had laju

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center).

Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

LOKASI AES SELURUH MALAYSIA



Berikut adalah senarai 30 lokasi kamera AES yang diumumkan pihak JPJ.

Kami bahagikan mengikut negeri supaya mudah untuk anda rujuk.

Kedah

  • KM 96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (SB)
  • KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda (NB)
  • KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB)

Pulau Pinang

  • KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan (SB)

Perak

  • KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River (NB)
  • KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai
  • KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping (NB)
  • KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar (NB)
  • KM 382.8, Behrang

Selangor

  • KM 6.6, Jalan Kajang/Puchong (SKVE) (Puchong ke Kajang)
  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (NB)
  • KM 18, Lebuhraya Guthrie (NB)
  • KM 18, Lebuhraya Guthrie (SB)
  • KM 28.4, Lebuhraya ELITE (NB)
  • KM 17 Lebuhraya ELITE (SB)

Putrajaya

  • Jalan Lebuh Sentosa (Kajang ke PICC)

Negeri Sembilan

  • KM 21, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) SB
  • KM 21, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) NB

Melaka

  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (SB)
  • KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah (NB)
  • KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin (NB)
  • KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban (SB)

Johor

  • KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh (NB)
  • KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh (SB)
  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bharu (NB)
  • KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bharu (SB)

Terengganu

  • KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah Kuala Lumpur)
  • KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (arah Kuala Terengganu)

Kelantan

  • KM 17 Gua Musang – Kuala Krai (arah Kota Bharu)

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain

    1. PDRM: Semakan Saman Trafik dan Status Repot Polis 2019
    2. Semakan Online Saman JPJ, AES, DBKL & Status Bankrap
    3. SPA Kerajaan & Swasta: Koleksi 100 Soalan Temuduga


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.