Saman JPJ, AES, DBKL & Status Bankrap Semak Secara Online 2019

Saman JPJ, AES, DBKL & Status Bankrap Semak Secara Online 2019

Selain saman PDRM, anda juga boleh membuat semakan saman JPJ, AES, DBKL dan status bankrap secara online.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan servis tersebut. Antaranya MyEG dan RILEK.

SEMAK SAMAN JPJ

Saman JPJ boleh disemak terus di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Caranya:

  1. Layari http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  2. Pada bahagian “Semakan Saman” pilih sama ada carian menggunakan No. ID atau No. ID dan Nombor Kenderaan
  3. Pilih kategori ID
  4. Isikan No. ID dan No. Kenderaan
  5. Klik pada butang SEMAK. Hasil carian akan dipaparkan

SEMAK SAMAN AES



Saman AES boleh disemak sama ada menggunakan khidmat MyEG atau RILEK.

Semakan Melalui MyEG
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di laman web MyEG. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari www.myeg.com.my.
  2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  4. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  5. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

MYEG juga ada menyediakan perkhidmatan yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis ini adalah percuma.

Semakan Melalui RILEK

Laman ini boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM sahaja.

  1. Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my/rmp/summons-inquiry dan daftar (sekiranya belum register).
  2. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  3. Klik pada menu dropdown “Seach By” dan pilih kaedah semakan.
  4. Masukkan maklumat yang diminta dan kemudian tekan butang “Next”.

SEMAKAN SAMAN SMS

Semakan saman JPJ juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas SMS. Caranya seperti berikut:

semak saman jpj

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain

    1. SPA Kerajaan & Swasta: Koleksi 100 Soalan Temuduga
    2. Negeri Sembilan: Bantuan Sara Hidup Mahasiswa 2019
    3. Skim Peduli Kesihatan: Semakan Online Kelayakan Peka B40


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.