Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Negeri Sembilan

Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar. UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana.
Negeri Sembilan RM1,216.00 - RM20,592.00Tutup permohonan: 25 Oktober 2019

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM). Portal kerja kosong kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kosong ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pensyarah UiTM
2. Penolong Jurutera (Bidang Mekanikal) JA29
3. Pembantu Penerbitan N19
4. Pembantu Keselamatan Kp19
5. Penolong Pengurus Asrama N29
6. Jururawat U29
7. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
8. Pembantu Operasi N11

Tarikh Tutup : 25 Oktober 2019
Minima Kelayakan : PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Muda / Ph.D
Gaji : RM1,216.00 – RM20,592.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR / SPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Muda / Ph.D untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di https://nsembilan.uitm.edu.my/v2/index.php

c. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
iii. Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
iv. Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji)
v. Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon

d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

e. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

f. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

g. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan.

h. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

i. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

j. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
iii. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki
kelayakan Sarjana).

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel:+(606)-4823 2100 / 483 2210

k) Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2019 (Jumaat ) sebelum Jam 5.00 petang

l) Muat turun maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Swasta untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor swasta kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta. Teringin menjadi salah seorang kakitangan kerajaan? Sila layari juga laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk memohon kerja di sektor kerajaan atau layari laman Jawatan Kosong Negeri Sembilan untuk pencarian kerja di Negeri Sembilan. SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.