Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)Universiti Darul Iman Malaysia (singkatan: UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an
Terengganu RM4,123.00 - RM20,592.00Tutup permohonan: 31 Oktober 2019

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang kini dibuka dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENSYARAH

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2019
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana / Ph.D
Gaji : RM4,123.00 – RM20,592.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana / Ph.D untuk memohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1. Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Akademik yang boleh didapati di Laman Sesawang UniSZA.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan);

(i) Gambar berukuran pasport;
(ii) Kad Pengenalan/ Pasport;
(iii) Penyata Perkhidmatan lengkap dan dikemaskini (bagi pegawai-pegawai kerajaan di dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (Malaysia sahaja));
(iv) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini;
(v) Sijil-sijil akademik seperti Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda/ Setaraf dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dan sijil/ dokumen lain yang berkaitan.

3. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan atau tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dalam proses permohonan/ menghadiri temuduga.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6)bulan dari tarikh tutup iklan/ permohonan ini, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

6. Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat melalui e-mel [email protected] atau [email protected] atau melalui talian 09-668 8888.

7. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Bangunan Canselori
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2019

8. Untuk maklumat lanjut, syarat kelayakan dan juga borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI.

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Terangganu? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Terangganu kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Terangganu.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.