Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Kekosongan Akademik

Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar. UiTM menawarkan lebih kurang 515 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana.
Sabah RM 3,070.00 - RM 20,592.00 Tutup permohonan: 26 Julai 2019

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM). Portal kerja kosong kerjakosong.co membuka peluang pekerjaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat dan juga berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kosong ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PROFESOR VK7
2. PROFESOR MADYA DM53
3. PENSYARAH KANAN DM51
4. PENSYARAH DM45

Tarikh Tutup : 26 Julai 2019
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ph.D
Gaji : RM3,070.00 – RM20,592.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai interpersonal yang menarik.
4. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
5. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
6. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


1) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi UiTM sabah atau maklumat lanjut dibawah.

2) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-

a) Kad Pengenalan
b) Sijil Kelahiran
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

3) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
b) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

5) Nama jawatan (jawatan pentadbiran), bidang dan fakulti (jawatan akademik) yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

6) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

7) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

8) Untuk maklumat lanjut, syarat-syarat kelayakan penuh dan juga borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik disini.

Info Tambahan

P/S: Bagi anda yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh melayari laman sesawang jawatan kosong kerajaan (Klik Sini). Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah di laman kerjakosong.co ini. SEMOGA BERJAYA !

Baca Juga: Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) – Kekosongan Akademik

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.