Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kedah

Majlis Sukan Negeri KedahMajlis Sukan Negeri Kedah (MSN Kedah) ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis Sukan Negeri merupakan satu organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak dan nadi penggerak dalam pembangunan sukan berprestij tinggi peringkat negeri. MSN Kedah terletak di bawah pengawasan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Kedah RM2,078.00 - RM9,544.00Tutup permohonan: 31 Julai 2019

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kedah. Jawatan kosong kerajaan membawakan anda peluang pekerjaan di Majlis Sukan Negeri Kedah yang kini dibuka. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (GRED S41)

Tarikh Tutup : 31 Julai 2019
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM2,078.00 – RM9,544.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil Ijazah Sarjana Muda.
4. Sihat tubuh badan.
5. Mempunyai minat dalam bidang yang diceburi dan minat dalam terhadap sukan.
6. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan merupakan satu kelebihan.
7. Mempunyai rekod peribadi yang baik ( Contoh : Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan)

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman yang boleh didapati sendiri di Unit Pentadbiran, Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman.

3) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.

4) Setiap pemohon MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

* Kad Pengenalan
* Sijil SPM/MCE,HSC/STPM setaraf
* Diploma, Ijazah Sarjana Muda
* Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.
* Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

5) Sila kemukakan permohonan kepada:

PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
STADIUM SULTAN ABDUL HALIM
JALAN SUKA MENANTI
05150 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN 

NO. TEL : 04-7303362 

6) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

7) Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

8) Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2019 (Rabu)

9) Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenaraikan pendek akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

10) Muat turun maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut: Klik Sini.

Info Tambahan

P/S:  Anda boleh melayari jawatan kosong kerajaan (klik disini) untuk memohon peluang pekerjaan sektor kerajaan yang lain kerana disini menyediakan maklumat pekerjaan yang terkini dan terdapat beribu peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan mahupun swasta di kerjakosong.co. SEMOGA BERJAYA !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.