Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)Lembaga Urus Air Selangor atau singkatannya LUAS adalah sebuah agensi setempat pengurusan sumber air dan lembangan sungai di Selangor. Ia ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999.
Selangor RM1,216.00 - RM5,701.00Tutup permohonan: 17 September 2019


Like UsKlik Like Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Portal kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Jurutera JA29
2. Penolong Pegawai Penerangan S29
3. Pembantu Operasi N11

Tarikh Tutup : 17 September 2019
Minima Kelayakan : PMR / Diploma
Gaji : RM1,216.00 – RM5,701.00

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil Diploma untuk layak memohon.
4. Lain-lain syarat kelayakan dan bidang tugas, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sahaja

2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;

(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(b) ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(c) pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun. Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

3) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM *mana-mana yang berkaitan.
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir.
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(g) Gambar berukuran pasport.

4) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

5) ) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR.

6) Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)

7) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

8) Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2019 (Selasa, 12.00 Tenghari).

9) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

10) Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga jika berkaitan.

11) Untuk maklumat lanjut & syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini. Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja kosong di Selangor atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk jawatan kosong sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.