eGTUKAR: Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

eGTUKAR 2019: Permohonan Pertukaran Guru Secara Online

Berita baik kepada guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran tempat. Permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTUKAR 2019 akan dibuka bermula 18 Februari nanti.

Pertukaran ini akan dibuat secara berperingkat iaitu sesi Jun 2018 dan sesi Januari 2019 dengan sekali permohonan sahaja. Permohonan boleh dibuat secara online melibatkan pertukaran antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah.

Berikut apa yang anda perlu tahu adalah bagaimana untuk memohon pertukaran tempat mengajar bagi tahun 2018.

Statistik Permohonan Pertukaran Guru

Disini kami kongsikan beberapa statistik permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTUKAR 2019.

SK MENENGAH min min

SK RENDAH min min

Tentang eGTUKAR

eGTUKAR merupakan satu sistem yang telah dibangunkan bertujuan untuk menguruskan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

1) Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan

2) Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk  menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

eGTUKAR boleh diakses melalui laman sesawang: https://epgo.moe.gov.my/

Berikut adalah paparan halaman utama sistem tersebut.



eGTUKAR min

Siapakah Yang Layak Untuk Memohon Pertukaran Guru?

Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan guru bertukar ke negeri yang dipohon antaranya:

1) Kepentingan perkhidmatan
2) Kekosongan jawatan
3) Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Bagaimanapun tak semua guru layak membuat permohonan secara online.

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.

Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;

* Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

Untuk makluman guru, keputusan adalah muktamad.

Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati mengingkar arahan pertukaran.

Guru yang gagal melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan akan diambil berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

Pembatalan Permohonan eGTUKAR 2019

Permohonan yang diluluskan tidak boleh dibatalkan. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Sekiranya anda ingin membatalkan permohonan eGTUKAR, sila rujuk sama ada Guru Besar atau PPD masing-masing.

Sekiranya anda ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu, sila maklumkan kepada Guru Besar yang boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim eGTUKAR atau download manual penggunaan sistem tersebut di sini.

Sila baca surat siaran rasmi tentang pertukaran guru melalui eGTUKAR.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.