KerjaKosong.Co » Isu Semasa » “Rosak semua duit RM100 kena gulung, Baik Bank-in Je Duit Tu” Gadis Kecewa Jambangan Wang Kertas Rosak

“Rosak semua duit RM100 kena gulung, Baik Bank-in Je Duit Tu” Gadis Kecewa Jambangan Wang Kertas Rosak


Trend hadiah Jambangan bunga pada yang tersayang kini makin viral. Penerima mesti rasa gembira dapat hadiah jambangan bunga duit dengan jumlah yang sangat banyak malahan ada yang mencecah RM10,000.

Jambangan Wang Kertas Rosak

Seperti perkongsian di Facebook oleh seorang wanita yang sangat bertuah menerima hadiah jambangan bunga wang kertas yang diterima dari yang tersayang adalah berupa gubahan wang RM100 yang berbentuk kelopak bunga mawar.

Namun, apabila gubahan wang dibuka, perasaan kecewa terpangpang diwajah kerana ianya tidak seindah yang dilihat kerana setiap kepingan wang berada dalam keadaan renyuk yang teruk. Malah lebih memburukkan keadaan, ada di antaranya yang terkoyak kerana dilipat dan dilekatkan gam.

Wanita berkenaan yang menggunakan akaun dengan nama Jovion Ng turut meminta panggubah bunga wang kertas untuk tidak melekatkan gam pada wang kertas.

Wanita ini tegas memberikan nasihat kepada mereka yang berniat untuk memberikan hadiah begini agar melupakan hasrat tersebut dan sebaiknya memberikan wang secara terus atau bank-in terus ke akaun.

”Jika ada yang mempunyai gubahan seperti ini, tolong keluarkan wang itu secepat mungkin. Saya tak sengaja melihat satu ‘post’ memberitahu jika jambangan bunga duit diletakkan dalam keadaan seperti ini, wang di dalamnya memang boleh rosak.

”Saya membuka jambangan duit kertas dengan berhati-hati tetapi sangat kesal apabila melihat duit kertas dilekat dengan gam yang terlalu banyak. Sekiranya disimpan lebih lama, mungkin lagi sukar nak keluarkannya.

”Bagi penggubah bunga diluar sana, mungkin boleh tolong guna cara lain dari gunakan gam panas yang sangat susah untuk buka bagi membuat gubahan duit kertas.

”Nasihat peribadi saya, kalau nak bagi hadiah wang buat tersayang lebih baik bagi wang secara terus. Kalau nak bagi bunga, bagi bunga yang betul sahaja,” tulisnya.

Setakat ini, perkongsian yang dimuat naik beberapa jam yang lalu itu telah mendapat 1.8 ribu tanda suka dan dikongsi oleh 9.6 ribu warganet dengan 2.8 ribu komen.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×