Hentikan Tradisi Banding-Banding Anak/Cucu. Setiap Manusia Ada Kelebihan Masing-Masing!

Hentikan Tradisi Banding-Banding Anak/Cucu. Setiap Manusia Ada Kelebihan Masing-Masing!

“Eva ni lagi bijak dari Arisa kan, pandai betul dia” “Eva ni lebih putih dari Arisa” biasanya perbandingan ini dibuat apabila kedua-dua mereka bermain bersama, si ibu yang mendengar perbandingan ini pastinya kecewa, terasa hati dan sedih.

Tak kurang juga ada ibu bapa sendiri yang kerap membanding-bandingkan kelebihan anak-anak mereka. Yang kurang dalam segala hal pasti dimarah-marah. Yang pandai, cantik pastinya dipuji si ibu dan ayah. Namun semuanya memberikan kesan dalam kehidupan anak-anak.

Perbandingan yang sering dilakukan dalam keluarga:

Ibubapa membanding-bandingkan

  • Antara anak dengan anak
  • Antara anak dengan anak saudara
  • Antara anak dengan anak jiran
  • Antara anak dengan anak rakan
  • Antara anak dengan rakan anak
  • Antara anak dengan diri ibubapa ketika seusia anak

Datuk nenek membanding-bandingkan

  • Antara cucu dengan cucu
  • Antara cucu dengan cucu orang lain

Sebarang bentuk perbandingan tidak membantu anak dan cucu untuk memperbaiki kelemahan diri. Apabila perbandingan dilakukan, apa yang dilihat hanyalah kekurangan anak berbanding kelebihan orang lain sedangkan anak juga mempunyai kelebihan tertentu yang semestinya tidak dimiliki oleh orang lain.Perbandingan adalah cara yang paling tidak kreatif dan tidak produktif dalam proses keibubapaan. Ia hanya mewujudkan rasa “I am good for nothing” dalam diri anak-anak.

Dan anak akan mula menjauhkan diri dan memberontak.

Beri peluang dan bantu anak untuk menjadi versi terbaik dirinya sendiri.

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×