KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Ekzos Bising Boleh Dikenakan Denda Penjara Demi Ketenteraman Awam

Ekzos Bising Boleh Dikenakan Denda Penjara Demi Ketenteraman Awam


Saman ekzos bising demi ketenteraman awam

Tindakan saman terhadap penunggang motosikal diatas kesalahan pengubahsuaian ekzos yang terlalu bising dikuatkuasakan oleh PDRM baru-baru ini, bagaimanapun ramai yang mendakwa ia merupakan satu strategi dari pihak mereka untuk mengaut keuntungan.

Pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tampil mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.

Malahan memetik laporan BH Online, pihaknya akan terus mengadakan Op Khas Ekzos Bising di seluruh negara, walaupun menerima pelbagai tohmahan dari pelbagai individu.

“Menjadi tanggungjawab polis melindungi penduduk yang selama ini terganggu dengan bunyi bising ekzos”.

“Saya ingatkan kepada anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) agar tidak patah semangat kerana kritikan sesetengah pihak.

“Kita mahu jaga keselesaan dan keselamatan orang yang tinggal khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang sering berdepan bunyi bising dari ekzos itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati golongan terbabit aktiviti pengubahsuaian motosikal ini mempunyai minat terutama dalam aspek kosmetik luaran motosikal.

“Proses ubah suai ini membabitkan pembelian dan pemasangan dengan kos antara RM200 hingga RM2,000 supaya motosikal kelihatan lebih bergaya, selain kononnya bagi meningkatkan kelajuan kenderaan itu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya mengeluarkan 5,721 saman terhadap 4,087 pengguna motosikal bermula 1 Mac hingga kelmarin.

“Dalam tempoh itu, kita telah menyita 2,389 motosikal untuk membantu siasatan,” katanya.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×