KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Cara Senang Transfer Duit Ke ASB Secara Online Tanpa Caj, Dari Semua Bank Boleh!

Cara Senang Transfer Duit Ke ASB Secara Online Tanpa Caj, Dari Semua Bank Boleh!


Sekarang banyak duit bantuan dari kerjaan, duit i-Sinar dan sebagainya tak perlu pening lagi nak beratur panjang nak pindahkan wang ke ASB.

Sebenarnya kita boleh transfer sahaja duit dari bank masuk ke ASB kita tanpa pergi ke bank dan beratur, Hanya perlu guna Portal MyASNB.

Cara Senang Transfer Duit Ke ASB Secara Online Tanpa Caj, Dari Semua Bank Boleh!

Di sini kami akan kongsikan cara nak transfer duit ke ASB dari mana-mana bank tanpa caj.

Cara Transfer Duit Ke ASB Online

Cara nak transfer duit dari bank anda masuk ke ASB secara online, sila ikut langkah berikut:

LANGKAH 1

Mula-mula boleh ke Portal MyASNB.

Boleh gunakan dua cara, website MyASNB atau applikasi MyASNB di telefon pintar.

LANGKAH 2

Login macam biasa menggunakan password dan ID yang kita telah daftarkan.

LANGKAH 3

Klik Porfolio macam dekat anak panah merah di bawah ni.

LANGKAH 4

Lepas tu klik pada butang Transaksi.

Nanti akan keluar 3 pilihan menu macam di bawah.

Untuk masukkan duit ke ASB, kita pilih Pelaburan Tambahan.

LANGKAH 5

Klik Seterusnya.

LANGKAH 6

Baca T&C lepas tu tick pada kotak kecil.

Dan klik lagi Seterusnya.

LANGKAH 7

Masukkan nilai amaun wang yang kita nak transfer masuk ke ASB.

LANGKAH 8

Dah masukkan maklumat tadi, klik Teruskan.

LANGKAH 9

Pilih dari bank mana (akaun kita) yang kita nak transfer.

Kemudian tu boleh terus klik Proceed To Pay.


LANGKAH 10

Nanti kita akan dibawa ke laman web bank yang kita pilih tadi.

Login macam biasa.


LANGKAH 11

Lepas tu nanti preview untuk kita check balik amaun yang kita ingin transfer ke ASB tadi.

e-resit transaksi akan dipaparkan bagi pemindahan amaun yang berjaya .

Selesai!

 

MAKLUMAT PENTING:

Masa transfer online hanya dari 9am- 5pm sahaja.

Semoga posting yang kami share bermanfaat dan membantu menguruskan kewangan anda terutamanya dalam musim PKP ini.

 

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×