Dana Inspirasi Malaysia YaPEIM | Bagi tahun 2020 ini, pelajar sekolah bakal menerima bantuan bernilai sehingga RM500 manakala pelajar IPT pula akan menerima sehingga RM1000 melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda langkah – langkah untuk membuat permohonan dana secara atas talian (online) beserta syarat kelayakan dan juga dokumen yang diperlukan semasa memohon.

Tahukah anda melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM bagi tahun 2020, pelajar sekolah bakal menerima bantuan sehingga RM500 dan pelajar IPT pula sehingga RM1,000.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan.
Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku Yapeim)
Syarat am permohonan:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Permohonan perlu dibuat atas nama ibu/bapa/penjaga
- Warganegara Malaysia
- Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT samada didalam atau luar negara
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
[/su_list]
Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan ini ialah:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Satu salinan kad pengenalan pemohon
- Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
- Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
- Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
- Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
- Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah
- Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
- Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
- Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat
[/su_list]
Cara Memohon Dana Inspirasi Malaysia : Klik Bawah
Permohonan boleh mula dibuat secara atas talian (online) bermula Disember tahun lepas dan tarikh tutup ialah pada 31 Januari 2020.
[su_button url=”http://diny.yapeim.my:81/borang-permohonan-bantuan.php” target=”blank” style=”flat” background=”#0956ac” size=”5″ radius=”0″]Borang Online[/su_button]
Bagi permohonan secara manual, anda boleh mendapatkan borang permohonan di :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
- Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
- Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
- Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM (Klik Sini)
[/su_list]
Untuk makluman anda, bagi permohonan kategori pelajar sekolah ia perlu diisi oleh ibu bapa atau penjaga manakala bagi permohonan bantuan IPT, ia boleh diisi oleh pelajar tersebut sendiri.
Bantuan ini tidak dihadkan bagi seorang anak sahaja. Setiap keluarga layak untuk memohon lebih daripada satu permohonan jika setiap anak memenuhi syarat dan kriteria permohonan. Jika anda pernah mendapat Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda juga masih boleh memohon untuk kali kedua jika masih layak.
Borang Permohonan Pelajar IPT (Klik Sini untuk download)

Borang Permohonan Bagi Pelajar Sekolah (Klik Sini untuk download)



Senarai Semak (Klik sini untuk download)
Setelah anda selesai mengisi borang dengan lengkap, anda perlu menghantar borang tersebut ke emel [email protected]
Matlamat utama wujudnya dana ini :-
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Sebagai platform bagi membantu dalam kalangan anak – anak dari keluarga kumpulan B40 bagi tujuan pendidikan
- Sebagai usaha bagi melengkapi usaha pelbagai pihak untuk menyantuni anak – anak dan pelajar yang terlibat
- Bagi membantu serta meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 bagi memulakan sesi persekolahan serta persediaan untuk masuk ke IPT
- Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
[/su_list]
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai soalan yang berkaitan dana ini, anda boleh :
Hubungi : +603 2717 2717
Emel : [email protected]
Anda juga boleh menderma ke tabung ini dan setiap derma akan mendapat pengecualian cukai pendapatan atas nama “Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM”
Mohon kongsi bantuan YAPEIM inspirasiku ini kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan borang bantuan pendidikan ini. Bagi mereka yang ingin tahu tentang Bantuan kerajaan yang laing seperti Egumis 2020 Wang Tak Dituntut , KISS Selangor 2020 atau bantuan sara hidup 2020 boleh lawati portal rasmi disini sekarang!
Non Muslim boleh ka utk membuat permohonan ini?
Assalamulaikum, boleh satu tahu dokumen sokongan yang akan di hantar online perlu dicop pengesahan ataupun tidak?
assalamualaikum.awak macam mana nak isi online eh? web dia yang mana satu
diny.yapeim.my:81/borang-permohonan-bantuan.php
Assalamualikum.. Mcm mna cara isi borang online. Perlu ka cop ketua kg.. Bila isi borang online
Assalamualaikum, boleh saya tahu, dokumen sokongan yang akan dihantar secara online perlu dicop pengesahan ataupun tidak?
Assalamualaikum, boleh saya tahu, dokumen sokongan yang akan dihantar secara online perlu dicop pengesahan ataupun tidak?
SILA bantuk saya macam mana isi borang untuk semak dari online
Assalamualaikum tuan, borang saya sudah sampai ka dan macammana dengan pengisian dalam borang tersebut, 016-6634895
Assalamualaikum macam mana nak buat dokumen dalam format .pdf tu ye?
Asalamualaikum
Utk ipt boleh ker memohon. Sbab ape baru2 ni Sy ade antr borang utk permohonan ipt tp staff kt ariff rahnu yapeim bg tau utk pemohonan ipt d buka pd bulan Jun 2020. Harap mohon pencerahan.
Ralat
Kt staf staff AR rahnu yapeim
Perluker sertakan resit pembelian memandangkan resit
Pembelian Dari kedai buku sek Bukan resit rasmi dr sek.