Saat paling mencabar buat calon yang memohon jawatan kerajaan adalah perlu melalui proses temuduga. Temuduga untuk jawatan kerajaan sememangnya diakui sukar oleh calon-calon yang telah melalui temuduga SPA sebelum ini.

Oleh yang demikian, anda perlulah membuat persediaan rapi seperti membuat bacaan yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon, membuat kajian dan yang paling penting anda perlulah menyemak contoh-contoh soalan temuduga SPA ini.

Hal ini penting untuk memastikan anda terbiasa dengan bentuk soalan yang akan ditanya serta memudahkan anda untuk membuat persediaan jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti.

Anda tidak tahu di mana untuk cari contoh soalan temuduga SPA? Jangan risau! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Contoh Soalan Temuduga SPA Jawatan Kerajaan sebagai panduan untuk anda dalam menghadapi temuduga SPA.

PEMBAHAGIAN SOALAN-SOALAN TEMUDUGA SPA


Soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga SPA biasanya akan dipecahnya mengikut beberapa bahagian. Berikut merupakan bahagian-bahagiannya.

Latar belakang dan kelayakan calonJawatan yang dimohon

  • Latar belakang dan kelayakan calon
  • Jawatan yang dimohon
  • Dasar kerajaan
  • Isu semasa

CONTOH SOALAN TENTANG LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON

Berikut merupakan contoh-contoh soalan berkaitan latar belakang dan kelayakan calon.

  • Sila perkenalkan diri anda
  • Apakah kelebihan anda sehingga menyebabkan kami perlu memilih anda untuk bekerja dengan kami dan bukan orang lain?
  • Mengapakah kami harus memilih anda untuk bekerja dalam sektor kerajaan?
  • Apakah yang anda lakukan untuk projek akhir semester anda?

CONTOH SOALAN TENTANG JAWATAN YANG DIPOHON

Berikut merupakan contoh soalan temuduga SPA tentang jawatan yang dipohon.

  • Apakah tugas yang akan anda pikul dalam jawatan yang anda pohon ini?
  • Apakah peranan Kementerian dan Jabatan ini?
  • Terangkan kepada saya tentang inisiatif yang ingin anda ambil.
  • Apakah sumbangan yang boleh anda berikan sekiranya anda dipilih bagi menjawat jawatan ini?

CONTOH SOALAN TENTANG DASAR KERAJAAN

Berikut merupakan contoh soalan temuduga SPA tentang dasar kerajaan.

  • Sila senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
  • Siapakah nama Menteri yang memegang portfolio bagi jawatan yang anda pohon ini?
  • Apakah yang anda faham tentang SST? Sila terangkan secara ringkas.
  • Pada pendapat anda, perlukah penjawat awam setia kepada kerajaan? Terangkan mengapa.

CONTOH SOALAN TENTANG ISU SEMASA

Soalan tentang isu semasa akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu isu semasa dalam negara dan juga isu semasa luar negara. Berikut merupakan contoh soalan tentang isu semasa.

Isu Semasa Dalam Negara

  • Apakah tema kemerdekaan tahun ini?
  • Apakah yang anda faham tentang isu MH17? Sila terangkan secara ringkas.
  • Apa pandangan anda tentang pembatalan projek ECRL? Sila terangkan.

Isu Semasa Luar Negara

  • Terangkan tentang konflik Israel dan Palestin?
  • Apakah yang anda tahu tentang pertemuan antara Presiden USA, Donald Trump dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong Un? Jelaskan sebab pertemuan tersebut.
  • Terangkan krisis kaum yang berlaku di Myanmar.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda panduan tentang bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya nanti. Pastikan juga anda bersedia dengan jawapan-jawapan yang baik iaitu jawapan yang bersandarkan kepada fakta kajian dan lain-lain. Kami mengucapkan selamat berjaya buat anda!

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain:

        1. Simple Cover Letter Untuk Fresh Graduate
        2. Perbezaan Antara Resume, Biodata Dan CV 2019
        3. 5 Kesilapan Resume Yang Dilakukan Oleh Pemohon