5 Kesilapan Resume Yang Dilakukan Oleh Pemohon

5 Kesilapan Resume Yang Dilakukan Oleh Pemohon

Selain daripada temuduga, penghasilan resume yang baik juga merupakan salah satu faktor yang perlu dititikberatkan oleh graduan untuk memastikan majikan tertarik dengan anda dan seterusnya memberi anda jawatan kosong yang anda mohon.

Sebagai graduan, anda perlulah memastikan resume anda sempurna dan tidak ada kecacatan yang tak sepatutnya. Kecacatan ini bakal menyebabkan mood majikan berubah di samping memberi kesan yang tidak baik dalam pemilihan anda untuk bekerja di tempat kerja tersebut.

Dalam proses menghasilkan resume, pastikan anda menyemak semula setiap patah perkataan yang digunakan dalam menyiapkan resume. Kebanyakan resume dalam bahasa Inggeris dan kemungkinan untuk anda membuat kesalahan remeh seperti kesalahan ejaan, grammar error dan lain-lain sangat tinggi.

Jawatan Kerja Kosong Kerajaan 2019 ingin berkongsi tentang 5 kesalahan utama yang kerap dibuat oleh ramai orang sewaktu menulis resume.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh graduan. Di bawah merupakan antara kesalahan umum yang seringkali dilakukan oleh graduan seperti yang dikongsikan oleh penemuduga. Jelas sekali bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh graduan ini mampu menjejaskan emosi penemuduga.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 kesilapan yang sering graduan lakukan semasa menghasilkan resume. Pihak kami berharap anda tidak akan membuat kesilapan yang sama. Cuba hasilkan resume yang terbaik kerana resume merupakan senjata anda untuk memenangi hati majikan. Berikut merupakan 5 kesilapan tersebut.

1. MENGULANG FRASA YANG SAMA

resume

Walaupun anda tidak boleh meletakkan ayat yang berbunga-bunga dalam resume, namun penguasaan bahasa dan kebolehan menyusun atur ayat amatlah diperlukan dalam membuat resume. Jangan sesekali mengulangi frasa yang sama dalam satu ayat.

Jangan lupa bookmark laman web jawatan kosong 2019 sekarang supaya anda tidak terlepas daripada update-update terkini kerja kosong.

Majikan akan serabut membacanya di samping akan melabel anda sebagai seorang yang kurang mahir dalam berbahasa. Hal ini bakal memberikan kesan buruk kepada anda sekiranya jawatan yang anda pohon itu berkaitan dengan komunikasi. Majikan akan berfikir adakah anda layak untuk jawatan itu kerana menulis resume pun ayat berserabut, bagaimana ingin berkomunikasi dengan customer nanti.

Oleh yang demikian, pastikan anda mempelbagaikan penggunaan ayat dan frasa dalam resume tersebut. Gunakan ayat yang mudah difahami oleh majikan. Anda juga boleh gunakan kata seerti bagi menggantikan perkataan yang telah anda gunakan sebelum ini. Jadi, tidak akan berlaku pengulangan frasa.

Seterusnya, jika jawatan yang anda mohon itu sama seperti jawatan anda di tempat kerja yang lama, jangan sesekali copy paste resume lama anda untuk hasilkan resume di tempat kerja baharu. Pastikan anda edit dan lakukan sedikit kelainan terutama dalam pencapaian yang diterima.

2. TEKS TERLALU PADAT

resume

Bayangkan anda membaca buku yang sangat banyak tulisan. Satu muka surat sehingga 10 perenggan teksnya. Bosan bukan? Begitu juga dengan majikan. Majikan akan berasa kurang berminat untuk membaca resume anda jika teks terlalu banyak. Seperti anda membaca buku yang banyak teks tadi, beliau juga akan berasa bosan.

Apa yang menyebabkan teks menjadi terlalu padat dalam resume adalah kerana anda meletakkan terlalu banyak penerangan dalam setiap butiran maklumat anda. Ingat! resume hanyalah maklumat ringkas tentang anda dan kenapa anda mahu kerja kosong tersebut!

Pastikan ia ringkas, seringkas yang mungkin tetapi padat dengan maklumat. Pastikan juga anda hanya meletakkan maklumat tentang perkara yang anda miliki, jangan sesekali tipu dengan meletakkan meklumat atau pencapaian yang tidak anda miliki.

3. RESUME YANG TERLALU KREATIF ATAU FANCY

resume

Resume perlu disediakan secara formal. Tidak perlu cantikkan dengan cara menukar font, menukar warna dan juga mencorakkan resume. Ingatlah ini adalah resume dan bukannya poster pilihanraya.

Buruk padahnya jika warna yang anda gunakan terang, majikan akan sukar untuk baca maklumat tentang diri anda dalam resume tersebut. Sudah pasti, majikan akan berfikir dua kali untuk mengambil anda bekerja.

4. MENYEMBUNYIKAN REFERENCES


Terdapat sesetengah graduan yang tidak meletakkan references dalam resume mereka. Mereka akan meletakkan ayat “available upon request” yang bermaksud majikan perlu meminta kepada mereka jika diperlukan.

Jangan sesekali buat begini. Majikan akan menganggap anda sebagai seorang yang pasif kerana sesetengah majikan memang ingin melihat references anda itu. Jadi, letakkan references dalam resume seperti tempat kerja lama, majikan lama, nama pensyarah semasa di IPT dan lain-lain.

5. MENYERTAKAN AKAUN MEDIA SOSIAL

Anda tidak perlu meletakkan akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Hal ini akan mendatangkan keburukan kepada anda kerana sesetengah majikan mungkin akan memeriksa akaun anda di laman media sosial tersebut untuk melihat tingkah laku anda. Jadi, pastikan anda private akaun media sosial anda.

Pastikan anda tidak membuat kesemua kesilapan yang disenaraikan. Buatlah resume yang terbaik kerana resume mampu membuatkan majikan tertarik untuk mengambil anda bekerja. Selain resume, pastikan juga anda membuat yang terbaik dalam temuduga. Selamat berjaya diucapkan kepada anda.

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain:

      1. Cara Menulis Winning Resume !
      2. Cara Pengisian Resume Yang Betul 2019
      3. Semakan Tawaran Keputusan Ke Tingkatan 6

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.