Contoh Email Untuk Bertanya Status Permohonan

Contoh Email Untuk Bertanya Status Permohonan

Anda telah menghadiri temuduga tetapi masih tidak mendapat jawapan daripada syarikat tersebut sama ada anda diterima bekerja atau tidak.

Lebih parah lagi, anda kemudiannya mendapat tawaran kerja daripada syarikat lain tetapi anda teragak-agak untuk menerima “lamaran” syarikat lain itu kerana tawaran syarikat yang anda mohon lebih menarik.

Jadi, bagaimana untuk anda dapatkan kepastian tentang status temuduga anda?

Adakah anda boleh telefon penemuduga sesuka hati anda? Jangan! Anda dinasihatkan untuk tidak sesekali berbuat demikian. Perbuatan anda itu menampakkan anda seorang yang terlalu mengharap atau “desperate”.

Harus diingat juga bahawa tempoh masa yang boleh anda hantar email bagi bertanyakan status temuduga adalah sekurang-kurangnya seminggu selepas anda menghadiri temuduga tersebut. Jangan pula kelmarin ditemuduga, hari ini sudah bertanya status.

Anda boleh menghantar email kepada penemuduga untuk bertanyakan tentang status temuduga itu. Namun, perlu diingat bahawa cara anda menghantar email itu mestilah sesuai kerana jika tersilap cara, anda boleh dikategorikan sebagai tidak sopan oleh penemuduga.

Anda tidak pasti bagaimanakah bentuk email yang sesuai untuk anda hantar kepada penemuduga bagi bertanyakan status temuduga anda? Jangan risau. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 3 contoh email yang sesuai untuk bertanya status temuduga kepada majikan secara sopan.

CONTOH PERTAMA

Email

Email

Contoh email pertama ini agak panjang dan lebih “details” untuk bertanya status temuduga anda kepada penemuduga.

CONTOH KEDUA


email

email

Contoh email kedua ini lebih singkat berbanding contoh pertama. Anda perlu jelaskan tarikh anda menghadiri temuduga tersebut seterusnya terangkan tentang minat serta pengalaman anda.

CONTOH KETIGA

contoh email

Contoh yang ketiga ini merupakan contoh email paling ringkas yang boleh anda buat. Anda hanya perlu nyatakan terus tujuan anda iaitu untuk mengetahui status temuduga serta nyatakan minat anda yang tinggi terhadap kerjaya yang dipohon itu.

Pihak kami berharap semoga perkongsian contoh-contoh email untuk bertanyakan status temuduga yang dikongsikan ini mampu memberi manfaat buat anda. Pastikan anda menggunakan format serta cara email yang betul untuk bertanyakan status temuduga. Semoga berjaya!

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain:

        1. Contoh Soalan Akhir Yang Ditanya Penemuduga
        2. Blacklist Karna Tidak Hadir Temuduga SPA8i?
        3. Tips Temuduga Dan 5 Soalan Yang Pasti Ditanya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.