Antara 5 Tips Penting Apply Kerja Online
Disini kami kongsikan tips bagaimana mahu apply kerja menerusi media social supaya penipuan dapat dielakan dan anda boleh lihat video yang disertakan dan baca artikel ditulis dibawah. Semoga manfaat kepada semua.
1. Semak Background Company
Sebelum nak apply sebarang kerja kosong, pastikan yang syarikat korang bakal kerja tu bukan scam. Tapi tengok jugak, kalau syarikat tu menjanjikan pelbagai manfaat yang bagus dan kedengaran seperti tak masuk akal, tu pun korang kena check jugak tau! Keyword dia, semak! Apa-apapun semak dulu.
2. Baca Review & Feedback
Jangan terkejut kalau korang nampak syarikat tu asyik open jawatan kosong je. Ada banyak faktor sebenarnya, antaranya mungkin pengurusan syarikat tersebut tak begitu bagus. Jadi kalau korang nak elakkan daripada ‘terkena,’ baca dulu review dan feedback daripada pekerja lama. Kalau ada kenalan yang pernah bekerja di situ pun lagi bagus. Senang korang nak dapatkan feedback.
3. Contact Company Tersebut
Bila semuanya dah sah, korang bolehlah contact company tersebut untuk buat pengesahan. Pertama, tanya sedikit tentang company tu. Kedua, buat pengesahan sama ada jawatan yang ingin dimohon tu masih lagi boleh dimohon atau sebaliknya.
4. Emailkan CV & Resume
Selalunya email akan disertakan sekali dalam iklan jawatan kosong tu kan? Jadi korang bolehlah terus hantarkan CV dan email kepada company tersebut.
5. Tunggu Panggilan Interview
Sambil-sambil tunggu panggilan kerja tu, janganlah hanya duduk goyang kaki je. Jangan lupa follow up dengan bakal majikan dan cari juga peluang kerja yang lain. Usaha tangga kejayaan!
