Cara Permohonan Nombor Pin Untuk e-Filing Secara Dalam Online! Tidak Perlu Ke Kaunter LHDNM!

Cara Permohonan Nombor Pin Untuk e-Filing Secara Dalam Online! Tidak Perlu Ke Kaunter LHDNM!

Dalam tempoh PKPB/PKPP kalau boleh dikurangkan pergerakan untuk mematuhi SOP, dengan itu pihak LHDNM telah memudahkan pendaftaran e-filling secara dalam talian.

Justeru itu, bagi memudahkan para pembayar cukai untuk mendaftarkan sistem e-filing buat kali pertama atau mengemaskini maklumat dalam sistem e-Filing, LHDNM telah menyediakan kemudahan permohonan Nombor Pin secara dalam talian.

Sebelum ini, para pengguna dikehendaki untuk membuat permohonan Nombor Pin e-Filing melalui kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Cara Permohonan Nombor Pin e-Filing Secara Dalam Talian

✅ Langkah 1# Melayari LHDNM Maklum Balas Pelanggan [Klik Sini]

✅ Langkah 2# Klik “Permohonan Nombor Pin”

✅ Langkah 3# Untuk mendaftarkan Sijil Digital Individu, klik “Borang CP55D” untuk memuat turun borang.

✅ Langkah 4# Klik “Seterusnya”

✅ Langkah 5# Masukkan data yang diperlukan

✅ Langkah 6# Muat naik Borang CP55D yang telah dilengkapkan

✅ Langkah 7# Klik “Submit”

✅ Langkah 8# Anda akan menerima e-FILING PIN NUMBER (16 digit)

✅ Langkah 9# Melayari https://ez.hasil.gov.my/CI/, klik “Login Kali Pertama”

✅ Langkah 10# Masukkan e-FILING PIN NUMBER, ikut langkah yang seterusnya untuk pendaftaran e-Filing

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Permohonan Nombor Pin Untuk e-Filing Secara Dalam Online! Tidak Perlu Ke Kaunter LHDNM!” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×