Cara Mohon Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Bagi Belia 18-35 Tahun

Cara Mohon Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Bagi Belia 18-35 Tahun

Program Skim Perantisan Nasional (SPN) ini merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID19.

Program ini ditawarkan adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dengan menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman pekerjaan kepada belia.

Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training. Baca perkongsian di bawah tentang Program Skim Perantisan Nasional (SPN) dan cara mohon :

Syarat Permohonan SPN

Untuk membuat permohonan Program Skim Perantisan Nasional ini, secara umumnya belia warganegara Malaysia adalah layak untuk memohon dan menyertai SPN ini dengan perlu penuhi syarat seperti di bawah untuk permohonan :

✅Berumur tidak melebihi 35 tahun

✅Memiliki SPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Kemahiran yang diiktiraf kerajaan dari institusi pengajian tinffi dalam dan luar negara atau kelayakan lain yang setaraf dengannya

✅Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik

✅Tiada rekod jenayah

✅Tidak bankrap

✅Bersetuju mengikuti program sepenuh masa

Manfaat Yang Diperolehi

Jika anda menyertai Program Skim Perantisan Nasional ini, terdapat beberapa manfaat dan faedah yang anda perolehi melalui Program SPN ini. Antaranya ialah :

  1. Perantis berpeluang untuk menimba pengalaman dan mempraktikan pengetahuan yang dipelajari dalam realiti pekerjaan sebenar
  2. Meningkatkan potensi diri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman
  3. Membantu menangani kesukaran belia mencari dan mendapat pekerjaan
  4. Melalui program ini ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguram
  5. Program SPN bertindak sebagai penampan dalam usaha merancakkan semula ekonomi pasca Covid-19

Cara Buat Permohonan

Bagi anda yang telah memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, anda boleh ikuti cara di bawah :

📝Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara online

📝Tekan link ini untuk borang permohonan

📝Lengkapkan dan isi borang permohonan yang disertakan dengan gambar dan resume pemohon

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi atau rujuk ke :

📍Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 11, Menara KBS
No 27 Persiaran Perdana
Presint 4, 62570 Putrajaya

☎️03-8871 3265
☎️03-8871 3273

📧[email protected]

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Program Skim Perantisan Nasional (SPN) Bagi Belia 18-35 Tahun” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×