Cara Mudah Mohon BPN | Mulai 1 April 2020, semakan dan permohonan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah dibuka. Namun disebabkan akses yang terlalu banyak ke laman web tersebut, ia telah menyebabkan anda perlu menunggu lama untuk membuat semakan atau membuat permohonan. Oleh itu, dinasihatkan kepada anda yang ingin mengisi borang permohonan BPN, anda melakukannya pada waktu pagi.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda cara mudah untuk anda mohon dan semak BPN atau Bantuan Prihatin Nasional.
Cara Mudah Mohon BPN
Untuk makluman, laman web ini boleh diakses melalui telefon pintar mahupun komputer anda. Bagi memudahkan anda untuk membuat permohonan, anda dinasihatkan untuk menggunakan komputer riba. Anda boleh mengikuti langkah – langkah dibawah bagi memudahkan anda membuat permohonan.
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Layari laman web https://bpn.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan Semakan Status

- Isi ruang kosong captcha dan klik butang [Semak]

- Jika skrin paparan menunjukkan tiada rekod, klik pada [Permohonan Baru]

- Isi butiran permohonan dengan lengkap dan tepat (Pada bahagian butiran anak, masukkan anak yang masih bersekolah atau yang masih kecil sahaja)

- Klik seterusnya untuk ke bahagian [Pengesahan] dan sahkan captcha

- Klik pada kotak kecil bagi pengakuan mengesahkan butiran yang dihantar

- Klik [Hantar]

- Siap! Permohonan anda kini sedang diproses.
[/su_list]

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional. Untuk makluman anda, semakan dan permohonan ini dibuka sehingga 30 April dan pembayaran pertama dijangka akan dibuat pada akhir April.