Majikan Tak Nak Bayar Gaji? Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan?

Majikan Tak Nak Bayar Gaji | Kita semua sedia maklum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan COVID-19 yang meningkat dengan mendadak. Oleh itu, Perdana Menteri dan jawatankuasa yang terlibat telah mengambil langkah serta merta bagi menghalang penyebaran COVID-19 dengan menjalankan PKP dimana secara tidak langsung pelbagai sektor serta industri terutama sekali swasta tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda soalan – soalan lazim mengenai PKP bagi menjawab persoalan bagaimana jika majikan anda tidak membayar gaji semasa tempoh PKP.

Soalan Lazim Mengenai PKP

8 kerja kritikal yang beroperasi ketika PKP?

Untuk makluman anda, hanya 8 kerja kritikal sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh PKP ini.  Berikut adalah 8 kerja kritikal yang berada dalam skop Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Majikan Tak Nak Bayar Gaji img 1 Majikan Tak Nak Bayar Gaji img 2

Majikan enggan membayar gaji dan apa yang perlu saya lakukan?

Jika majikan anda enggan membayar gaji, anda boleh terus menghubungi Jabatan Tenaga Kerja melalui emel atau terus hadir ke pejabat JTK yang berdekatan selepas tamat tempoh PKP.

Majikan Tak Nak Bayar Gaji img 3

Adakah gaji yang dibayar kepada saya penuh sebulan atau separuh atau mengikut hari bekerja sahaja?

Ya, majikan perlu membayar gaji penuh kepada pekerja. Manakala jika anda pekerja bergaji harian perlu di bayar mengikut kadar upah yang dipersetujui bersama di dalam surat pelantikan.

Tetapi gaji harian saya tidak tetap, bagaimana pula?

Jika anda bergaji harian yang tidak tetap,majikan perlu membayar mengikut kadar upah yang minimum.

Majikan Tak Nak Bayar Gaji img 4

Majikan saya tersenarai dalam essential service, tetapi saya enggan pergi bekerja, adakah majikan saya perlu membayar gaji saya?

Jawapannya adalah anda tidak layak mendapat gaji kerana majikan anda tersenarai di dalam essential services.

Majikan Tak Nak Bayar Gaji img 5

Jika terdapat masalah berkaitan gaji antara saya dan majikan, siapa dan di mana perlu saya hubungi?

Jika anda mempunyai masalah berkaitan gaji belum selesai serta soalan berkaitan sepanjang tempoh PKP ,anda boleh:

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

[/su_list]

Majikan Tak Nak Bayar Gaji img 6

9 thoughts on “Majikan Tak Nak Bayar Gaji? Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan?”

    • Maaf ye selama 2tahun saya perkerja tapi ini bulan April belum bayar gaji lagi epf dng socso 2tahun belum potong lagi sy pun bersabar sebab boss cpk nak potong tapi tk ada I da check

      Reply
  1. Hi.syarikat saya bekerja adalah kedaicake n pastry..saya diberitahu syarikat bekerja seperti biasa tetapi saya dicutikan atas sebab tidak sesuai bekrja kerana anak kecil..majikan hanya membayar saya sehingga 31 mac sahaja.selepas itu majikan tidak mahu bertanggungjawab atas sebab saya masih dalam tempoh kontrak..adakah saya layak diberi gaji sehingga 12mei?terima kasih

    Reply
  2. Sy bekerja part time jaga keselamatan dgn sebuah syarikat pembalakan 12 jam sehari.sy telah bekerja dgn syarikat itu selama 8 bln tetapi 3 bln terakhir sy tak dibayar gaji sy ada pergi jabatan buruh tapi di beritahu peluang menang agak tipis kerana tiada surat tawaran kerja bertulis dan gaji yg sebelum di bayar melalui akaun peribadi akauntan syarikat dimanakah tempat sy patut mengadu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×