Cara Mohon eBantuan JKM | Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mewujudkan perkhidmatan bantuan bagi membantu meringankan beban kepada kumpulan sasar yang memerlukan? Skim bantuan ini diwujudkan sebagai alat dalam proses membantu klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan juga pengintegrasian.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai cara memohon JKM bagi rujukan anda semua.
Skim eBantuan JKM
Objektif Skim Bantuan Kebajikan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) bagi menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari serta mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) supaya penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
[/su_list]
Golongan yang layak memohon bantuan JKM
Segala permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kriteria serta kadar pemberian bagi bantuan kebajikan adalah seperti berikut :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK); Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.
- Elaun Pekerja Cacat (EPC); RM400 sebulan seorang.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); RM250 seorang sebulan.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); RM350 sebulan seorang.
- Bantuan Orang Tua (BOT); RM350 sebulan seorang.
- Bantuan Am Persekutuan (BA); RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP); RM200 sebulan seorang.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
[/su_list]
Cara Mohon eBantuan JKM
a. Permohonan Secara Online/ Atas Talian
1. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM secara online di pautan berikut:
KLIK Sini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
2. Pilih “Negeri” & masukkan No IC anda. Kemudian klik “Daftar”.
b. Permohonan Secara Manial
Kepada yang ingin membuat permohonan bagi bantuan JKM, anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Bahagian dan hantar borang permohonan serta membawa dokumen sokongan seperti dibawah :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
[/su_list]
Download Borang Permohonan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
[/su_list]
Baca Juga : i-Lestari KWSP Pengeluaran RM500 Sebulan
Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
Semakan boleh dibuat secara online di website : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Tekan pada butang “Semakan Status Permohonan Atas Talian”.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh segera hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat 03 – 8000 8000.
Sy nk apply untuk ank2 mcmmn yer..perlu bantuan sbb suami sj yg bkerja..sy suri rumah x bekerja..pkp xde gaji..putus keuwangan
Mohon untuk keperluan ank2 saya berkerja di kantin sekolah sekarang masa pkp sekolah pun ttup xde kerja.
suami bekerja sendri dan kadang tidak sihat..dan x blh bekerja.. Kerja pun bila ada..saja.. Duit yg ada makin nipis..
Hilang punca pendapatan
Nak mohon tuk anak2 suami xdapat keja pkp
Untuk bantuan orang tua nie yg Berumur berapa ya??60lbih boleh mohon x untuk orang tua??
Bantuan orang tua. umur berapa layak memohon
Kenapa dah isi borang online ni tak dapat send
saya ‘single mom’,
saya ada dua anak…berumur 9 tahun dan 7 tahun.
saya boleh apply tak.
Sy nak mohon bantuan utk tiga org anak suami kemalangan bln 8/2019.baru sembuh. Kaki ,tangan masuk besi. Kira oku tak? Bantuan apa sy boleh mohon?
Maar saya perlukan batuwan.. Selepas pkp saya tidak berkerja sampai sekarang
TK dpt kje lgg