Cara Mohon eBantuan JKM | Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mewujudkan perkhidmatan bantuan bagi membantu meringankan beban kepada kumpulan sasar yang memerlukan? Skim bantuan ini diwujudkan sebagai alat dalam proses membantu klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan juga pengintegrasian.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai cara memohon JKM bagi rujukan anda semua.
Skim eBantuan JKM

Objektif Skim Bantuan Kebajikan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) bagi menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari serta mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) supaya penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
[/su_list]
Golongan yang layak memohon bantuan JKM
Segala permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kriteria serta kadar pemberian bagi bantuan kebajikan adalah seperti berikut :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK); Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak.
- Elaun Pekerja Cacat (EPC); RM400 sebulan seorang.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); RM250 seorang sebulan.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); RM350 sebulan seorang.
- Bantuan Orang Tua (BOT); RM350 sebulan seorang.
- Bantuan Am Persekutuan (BA); RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP); RM200 sebulan seorang.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
[/su_list]
Cara Mohon eBantuan JKM
a. Permohonan Secara Online/ Atas Talian
1. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM secara online di pautan berikut:
KLIK Sini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
2. Pilih “Negeri” & masukkan No IC anda. Kemudian klik “Daftar”.
b. Permohonan Secara Manial
Kepada yang ingin membuat permohonan bagi bantuan JKM, anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Bahagian dan hantar borang permohonan serta membawa dokumen sokongan seperti dibawah :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
[/su_list]
Download Borang Permohonan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
[/su_list]
Baca Juga : i-Lestari KWSP Pengeluaran RM500 Sebulan
Semakan Status Permohonan Bantuan JKM
Semakan boleh dibuat secara online di website : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Tekan pada butang “Semakan Status Permohonan Atas Talian”.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh segera hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat 03 – 8000 8000.
Saya harap dapat bantuan sebab Sudah tidak dapat kerja selama satu tahun. Bantuan untuk harian sahaja. Semoga dapat bantuan. Terima kasih.
Hai, Saya ada buat permohonan baharu untuk EPC pada bulan Februari 2020, setelah bantuan EPC saya telah di tolak(Rejected) pada November 2019. Namun begitu, saya masih belum terima sebarang maklumbalas dari pihak JKM.
Kami terdiri dari 6 orang ahli keluarga,saya pun buat masa ini tak ada gaji dan kerja sebab lockdown.Jadi boleh ke saya dapat bantuan kewangan daripada JKM ini.
Cmne nk mohn bntuan ni.sy suri rmh suami tak kj sbb pkp tnpa gj sy de 3 ank dn mk abh ddk dgn sy
Assalamualaikum selamat ptg, saya dah daftar borang pada bulan 3. Lama tak bantuan oku epc dah 2 bulan. Kini ni tak ada terima bantuan oku. Saya sebagai bekerja restoran fish market di nu sentral. Harap maklum….
TIADA kerja.saya Ada satu anak emak adik I duduk sekali..semua TIADA kerja duduk rumah sewa.
Saya Ada 1 anak .saya Dan suami takde kerja lagi.duduk rumah sewa..
Saya dan isteri dh lama sangat cuti pasal PKP ni, duit pun dh semakin kurang, kerja pun blom dpt di pasti kan lagi, macammana nak bantuan tu ye..
Macam mana nak mohon bantuan ni saya ada 2 orang anak
Aku ibu tungal.anak satu..memohon secara on line boleh ke?