Cara Menulis Winning Resume !

Tahukah anda penghasilan resume konventional yang mempunyai sehingga 3 atau 4 muka surat adalah tidak releven lagi dalam situasi mencari kerja pada masa kini.

Ramai pencari kerja di luar sana berusaha untuk menjadi lain daripada yang lain dengan menggunakan pelbagai format penulisan resume yang menarik. Pencari kerja kini semakin kreatif. Dengan harapan resume mereka dapat menarik perhatian majikan dan penemuduga.

Resume yang baik cukup sekadar 1 muka surat dan 2 muka surat maksima jika pengalaman kerja anda kurang daripada 10 tahun.

Apa itu RESUME ?

Sebelum anda bina resume anda pastikan anda tahu apa itu resume terlebih dahulu. Mudahnya, resume boleh dijelaskan sebagai:

  • Medium untuk anda menjual potensi diri kepada syarikat.
  • Ringkasan info yang padat mengenai diri anda.
  • Salah satu pemasaran melalui komunikasi tulisan.
  • Penyampaian ayat yang ringkas dan padat.
  • Satu dokumen untuk meyakinkan bakal majikan mengenai siapa diri anda dan juga bahagian apa yang anda mahir.
  • Dokumen yang menunjukan dengan jelas anda punya ‘goals’.
  • Baca ini antara maklumat yang perlu dimasukkan dalam resume anda.

Kenapa Resume Sangat-sangat Penting?

Ia adalah medium komunikasi pertama diantara anda dan majikan. Majikan boleh kenal siapa anda melalui resume yang anda hasilkan. Anda perlu ingat, resume adalah perkara pertama yang dilihat oleh majikan sebelum anda diterima bekerja.

Ini yang dikatakan first impression counts!

Perkara Penting Yang Perlu Resume Ada ?

  • Personal Information
  • Summary of Qualification
  • Current Work Experience
  • Education and Training
  • Reference

Bagaimana Menulis “Winning Resume”



  • Jangan suruh orang lain buatkan, kerana anda seorang sahaja yang benar-benar mengenali diri anda sendiri.
  • Pastikan tiada kesalahan bahasa, minta pandangan orang yang lebih berpengalaman mengenai resume anda.
  • Pastikan ia kelihatan cantik, maksudnya disini elakkan menggunakan kertas yang murah jika anda print resume tersebut.
  • Gunakan ‘font’ yang sesuai.
  • Jujur, ringkas dan logik, jangan overclaimed/overstate.
  • Sentiasa positif, tekankan hasil kejayaan anda, elakkan merendah diri.
  • Sentiasa update & edit. Pastikan anda menggunakan ayat-ayat yang betul dalam penulisan di dalam resume. Jangan buat sekali dan puas hati. Buat sehingga anda benar-benar puas hati.
  • Pastikan ia kemas, bersih dan tersusun.

Tulisan/Font Yang Sesuai Dalam Resume

  • Times New Roman
  • Century Gothic
  • Gill Sans Mt
  • Arial
  • Franklin Gothic Book
  • Lucida Sans

Anda sudah tahu cara-caranya, praktikan dan cuba buat sebaik mungkin. Share jika anda rasa ia bermanfaat.

Channel-Telegram-Jawatan-KosongInfo Lain:

      1. Cara Pengisian Resume Yang Betul 2019
      2. Semakan Tawaran Keputusan Ke Tingkatan 6
      3. KPM: Semakan keputusan & tawaran Matrikulasi 2019-2020