KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Bila Anak Mengamuk, Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu? Pakar Jelaskan Pendekatan Betul!

Bila Anak Mengamuk, Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu? Pakar Jelaskan Pendekatan Betul!


Bila Anak Mengamuk, Nak Pujuk Atau Biar Je Dulu? Pakar Jelaskan Pendekatan Betul!

Apabila anak mengamuk ada yang kata biar je, ada pula yang kata pujuk. Mana satu sebenarnya ibu bapa nak ambil pendekatan.

Macam ni. Anak-anak ni ada banyak aspek kemahiran dalam diri dia yang berkembang seiring dengan usia dan pengalaman yang kita berikan pada dia. Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli

Perkara pertama sekali yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah:

PERCAYA YANG ANAK ITU ADALAH SEORANG INDIVIDU LAIN DARI KITA.

Anak ni, bukan kita punya tau. Dia bukan “kita yang kecil”. Kita kena sedar yang anak perlu rasa dia berkuasa ke atas dirinya.

Masa anak bawah 2 tahun, perkembangan anak banyak berfokus kepada perkembangan sensori-motor dan perkembangan emosi.

Anak belajar respon emosi masa bawah umur 2 tahun.

Masa ni lah kita kena:

  • Dukung dia bila dia menangis.
  • Datang pada anak kita bila dia dalam kesusahan
  • Tenangkan anak kita dengan pelukan.
  • Selalu dalam mod “Mama-To-The-Rescue”.

Bila anak masuk usia 2 tahun ke atas, anak sudah mula belajar dari pengalaman-pengalaman penuh kasih sayang yang kita berikan dahulu.

Anak akan belajar yang MAMA ADA KUASA untuk bantu dia redakan apa pun emosi yang dia sedang rasakan.

So, dalam tempoh 2 tahun pertama anak belajar dari tenangnya kita menguruskan perasaan dia.

Masa kita main anak patung dengan dia, masa kita main berlakon-lakon dengan dia, anak belajar pula untuk salurkan kemahiran kawalan emosi tu pada anak patung atau pada kita sendiri pula.

Bila anak mula masuk usia 2 TAHUN KE ATAS, kita perlu BERI PELUANG ANAK GUNA kemahiran yang kita dah tunjukkan tu.

Sekali sekala, kita biar anak kita decide sama ada dia perlukan kita atau tak untuk tenangkan emosinya.

Tapi, kita tetap kena ALERT. Ada anak mungkin akan lambat sikit belajar kawal emosi sendiri. Ada anak akan cepat sikit.

Jangan paksa anak urus emosi sendiri sampai buat anak rasa tak disayangi pula ya. Kalau kita rasa anak kita masih perlukan kita untuk bantu dia kawal emosi, bantulah.
.
Cuma, lewatkan sikit untuk lihat sama ada anak kita dah boleh tak selamatkan dirinya dan cari kita. Kalau anak kita nampak memang sangat perlukan kita untuk bantu uruskan emosi dia, maka bantulah

Kita kena belajar untuk betul-betul faham apa yang anak perlukan…

Ingat. Kita tak kan sentiasa ada bersama dengan anak kita untuk sentiasa bantu dia.

Dan bila kita benarkan anak kita untuk belajar kawal emosi sendiri dalam keadaan selamat macam ni. Dengan kita aware apa yang anak kita perlukan dan tak perlukan.

Kita sebenarnya sedang buka peluang pembelajaran yang besar untuk anak kita, dan akan benarkan anak jadi seorang yang sangat yakin dengan keperluan dirinya.

Sumber: Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×