Cara Memohon » Bantuan RM500 Untuk Penjaja / Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Bantuan RM500 Untuk Penjaja / Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Bantuan RM500 Untuk Penjaja / Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan bantuan RM500 kepada peniaga bazar Ramadan yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan ini adalah ekoran pengumuman penutupan peniaga bazar Ramadan yang tidak dapat lagi beroperasi sepanjang PKP mulai 8 Mei 2021.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agihan kepada kira-kira 11,000 penjaja membabitkan peruntukan RM5 juta bagi meringankan beban mereka.

Penutupan Bazar Ramadan Selangor

Rasional Bazar Ramadan diarah tutup dan Bazar Raya dibuka adalah kerana Bazar Ramadan telah dibenar beroperasi selama 25 hari manakala Bazar Raya Aidilfitri baru sahaja beroperasi.

Tambahan, ramai baru terima gaji untuk beli kelengkapan menyambut Aidilfitri.

Namun Kerajaan Negeri telah memperketatkan SOP di Bazar Raya di mana kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk, sistem nombor giliran digunapakai dan had kemasukan ditetapkan.

Perlu diingat bahawa hanya Bazar Ramadan di enam daerah PKP sahaja ditutup, di tiga daerah lain boleh beroperasi seperti biasa.

Enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 6 hingga 17 Mei.

Daerah tersebut ialah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang.

Cara Mohon Bantuan Peniaga Bazar Selangor

Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan akan membantu peniaga yang terjejas akibat pelaksanaan PKP mulai 8 Mei 2021.

Jumlah Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Bantuan yang diperuntukkan berjumlah RM500 one-off untuk semua penjaja bazar Ramadhan yang terjejas di 6 daerah PKP.

Tarikh Bantuan

Menurut Menteri Besar Selangor, bantuan akan diagihkan selepas Aidilfitri.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat dan info terkini berkenaan Bantuan Peniaga Bazar Ramadan Selangor ini, sila rujuk Facebook Menteri Besar Selangor atau laman web https://www.amirudinshari.com/ 

Leave a Comment

×