KerjaKosong.Co » Isu Semasa » 13,215 kes positif Covid-19 hari ini 15 Julai 2021

13,215 kes positif Covid-19 hari ini 15 Julai 2021


PUTRAJAYA – Sekali lagi rekod tertinggi negara dicatatkan hari ini apabila kes harian melaporkan sebanyak 13,215 kes menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 880,782 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan angka melebihi 6,000 dengan 6,120 kes, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 1,603 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,499 kes.

“Kedah pula (695 kes), Johor (599 kes), Pulau Pinang (509 kes), Melaka (484 kes), Sabah (370 kes), Sarawak (363 kes), Perak (344 kes), Kelantan (255 kes) dan Pahang (222 kes).

“Selebihnya Terengganu (70 kes), Putrajaya (53 kes), Labuan (26 kes) dan Perlis (tiga kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×
Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes