KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Zakat KWSP i-Sinar & i-Lestari Wajib Bagi Yang Tidak Terjejas Pendapatan

Zakat KWSP i-Sinar & i-Lestari Wajib Bagi Yang Tidak Terjejas Pendapatan


Zakat KWSP i-Sinar & i-Lestari Wajib Bagi Yang Tidak Terjejas Pendapatan

Alhamdullilah i-sinar dan i-lestari dah masuk, jadi tahukah anda duit KWSP pun kena zakat? ini dikenakan kepada umat Islam kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

Secara umumnya, wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP.

Apakah Zakat KWSP?

Definisi: Zakat yang dikenakan apabila simpanan KWSP itu dikeluarkan dan hendaklah mencukupi nisab semasa dikeluarkan.

Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu disimpan pula selama setahun (cukup haul), maka akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan.

Hukum Zakat KWSP

Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pembayaran zakat wang simpanan KWSP, keputusan mesyuarakat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 dan kali ke-74 yang menyatakan pandangan hukum seperti berikut:

  1. Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.
  2. Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Berhubung pengeluaran i-Lestari baru-baru ini, Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) KWSP telah menjelaskan bahawa terdapat 2 pandangan berkenaan zakat bagi KWSP bergantung dengan tujuan pengeluarannya.

Tidak Diwajibkan

Jika dikeluarkan untuk kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya dalam menampung keperluan asas seperti

Keperluan asas bermaksud makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan (Hajah asliyah)

Wajib

Jika tujuan dikeluarkan selain menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya (bukan Hajah asliyah)

Kadar yang diwajibkan zakat adalah 2.5% sekiranya mencapai nisab tanpa perlu menunggu haul

Jumlah Minimum Wang Yang Dikenakan Zakat

Minimum simpanan yang wajib zakat perlu merujuk kepada kadar nisab semasa.

Jika menyamai atau melebihi nisab, maka wajib zakat.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2017 menyatakan, harta yang berasaskan nisab emas (emas bukan perhiasan + emas yg lebih uruf bagi perhiasan) + simpanan + pelaburan.

Jika menyamai atau melebihi nisab, maka nilai harta tersebut wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5%.

Kaedah Pengiraan

Zakat simpanan dikira sebanyak 2.5% seperti mana zakat emas dan perak dan diambil kira baki terendah dalam simpanan seseorang yang telah cukup syarat-syaratnya.

Jumlah Keluaran x 2.5% = Zakat

Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

Cara Bayar Zakat Online

Untuk membuat bayaran zakat secara online, anda boleh melakukannya mengikut negeri masing-masing:

  • Lembaga Zakat Selangor
  • Pusat Pungutan Zakat MAIWP (Wilayah Persekutuan, Labuan, Putrajaya)
  • Lembaga Zakat Kedah
  • Zakat Pulau Pinang
  • Majlis Agama Islam Perlis
  • Zakat MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan)
  • Zakat MAIT (Majlis Agama Islam Terengganu)
  • Pusat Zakat Melaka
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Zakat MAIJ (Majlis Agama Islam Johor)
  • Zakat MAIPk (Perak)
  • Zakat Pahang
  • Baitulmal Sarawak
  • Majlis Ugama Islam Sabah

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pihak Berkuasa Zakat Negeri atau Majlis Agama Islam negeri masing-masing seperti yang tertera dalam senarai di atas.

Penafian– Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Zakat KWSP i-Sinar & i-Lestari Wajib Bagi Yang Tidak Terjejas Pendapatan” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja

×