Yusuf Islam

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Yusuf Islam atau terkenal sebagai Cat Stevens merupakan seorang pemuzik, ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, pendidik dan seorang dermawan. Beliau yang berbangsa Inggeris telah memeluk Islam.

yusuf islam cat steven

Siapa Yusuf Islam?

Yusuf Islam atau nama sebenar beliau Steven Demetre Georgiou dilahirkan pada 21 Julai 1948 di London.

Pada zaman awal kemasyhuran beliau, Cat Stevens telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia pada akhir 1960-an.

Pencapaian Dalam Muzik

  • Tea for the Tillerman & Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di (3 Juta jualan setiap satu).
  • Catch Bull at Four merupakan LP #1 Billboard selama 3 minggu berturut-turut & telah dijual sebanyak setengah juta salinan dalam 2 minggu terawal sejak dikeluarkan.
  • Dapat dua anugerah ciptaan lagu ASCAP (untuk “The First Cut Is the Deepest” yang menjadi single hit untuk 4 orang artis berbeza).

Beliau mempunyai peminat di seluruh dunia dan namanya selalu di ceritakan dalam laman web international seperti BBC NEWS, THEGUARDIAN.COM dan CBSNEWS kerana popularitnya di dunia barat dan eropah dan kerana telah masuk islam juga.

Peluk Islam

Pada tahun 1977 sewaktu kemuncak kemasyhuran beliau, Stevens memeluk agama Islam dan membawa nama Yusuf Islam pada 1978. Dan akhirnya meninggalkan kerjaya muzik belaiu untuk fokus kepada pendidikan dan aktiviti bersama dalam masyarakat Muslim. Pada 2006, beliau kembali ke pentas muzik pop, dengan sebuah album bertajuk An Other Cup yang mengandungi lagu yang bertemakan pop.

Antara anugerah yang diberi kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia adalah termasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007.

Yusuf tinggal bersama isteri, Fauzia Mubarak Ali di Brondesbury Park, London dan dikurniakan lima orang anak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!