KerjaKosong.Co » Jawatan Kosong Selangor » Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia. Oleh itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM mempelawa calon yang komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Makmal i-CRIM, UKM bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Butiran Maklumat Jawatan Kosong UKM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 (KONTRAK)

Tarikh Tutup : 27 September 2020 (Ahad)
Minima Kelayakan : STPM / Diploma
Gaji : RM1,505.00 – RM5,696.00

Syarat & Kelayakan Bagi Jawatan Kosong UKM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya STPM / Diploma untuk layak memohon.
  4. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang elektron mikroskopi.
  5. Berkebolehan dalam membantu untuk merancang, menyelaras dan mengurus operasi makmal.
  6. Berpengetahuan dalam kerja-kerja pengurusan (perolehan, aset, dan inventori).
  7. Lain-lain syarat kelayakan dan lantikan bagi jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)


a) Menulis surat permohonan dengan mengemukakan Latar Diri lengkap dengan sijil/dokumen berkaitan yang disahkan dan dialamatkan kepada Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Instrumentasi), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Aras 2, Kompleks Penyelidikan Lingkungan Kedua, 43600 UKM, Bangi, Selangor.

b) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman di CRIM .

c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

d) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pejabat
Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Instrumentasi)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan Lingkungan Kedua
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

No. Tel Pejabat: 03-89118515/8514
Emel : tpicrim@ukm.edu.my

e) Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila muat turun iklan penuh dibawah :

* MUAT TURUN IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG UKM – PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

Info Tambahan

P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor kerajaan kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan.

Sila layari juga laman Jawatan Kosong Swasta untuk memohon kerja di sektor swasta atau layari laman Jawatan Kosong KL untuk pencarian kerja di Kuala Lumpur.

SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×
Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes