SAH! Tun M Letak Jawatan | DR MAHATHIR Mohamad telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Yang DiPertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas spekulasi hujung minggu bahawa kerajaan baru akan menggantikan Pakatan Harapan.
Difahamkan surat rasmi peletakan jawatan telah dihantar ke Istana Negara.

Menurut sumber daripada Malaysian Insight, Tun M telah menghantar surat perletakkan jawatan selepas ura-ura kes perebutan kuasa malam tadi – 23 feb 2020.

Anwar berkata dalam sidang media tengah hari tadi, beliau “berpuas hati” dengan penjelasan Tun Mahathir.

Manakala, Azmin Ali & Zuraida DIPECAT terus daripada PKR. Sumber dari MalaysiaKini. Keputusan telah dipersetujui dan sehingga kini masih menunggu laporan rasmi.