
Di Malaysia ini memang sedap kalau dapat makan aiskrim pada waktu tengah hari dengan cuasa yang panas. Bagi penggemar aiskrim sudah tentunya nikmat makan aiskrim itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Khas buat mereka yang mengidam makan aiskrim Baskin Robbins di musim-musim PKP ini, jangan bimbang. Kita boleh sahaja buat sendiri aiskrim di rumah.
Paling penting rasanya sebiji macam aiskrim Baskin Robbins yang menjadi kegilaan ramai itu.
Jom kita cuba resipi buat aiskrim yang dikongsi oleh Ameera ini.

BAHAN- BAHAN:

Whipping cream 2 kotak kecil
Milo 4 sudu besar
Susu pekat setengah tin
Tidak perlu letak air.
Terus blender semua. Selepas blend masuk terus dalam bekas.
Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
Siap aiskrim Baskin robbin buatan sendiri.
Tak percaya? Cubalah buat. Memang sedap.
CARA NAK BUAT:

Semua masuk blender. Tiga bahan tadi. Blend semua sampai berbuih.

Blend sampai sebati semuanya.

Sudah siap blend, tuang dalam bekas.

Simpan di dalam peti sejuk selama empat jam.
Rasa memang sama macam aiskrim Baskin Robbins.
Sumber kredit: Ameera
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.