Temuduga Terbuka Pos Malaysia Berhad 2017 (Seluruh Malaysia)

Jawatan kosong Pos Malaysia 2017. Sila baca maklumat jawatan kosong Pos Malaysia dengan teliti sebelum memohon. Kami akan mengemaskini maklumat-maklumat terbaru temuduga Pos Malaysia yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017 disini.

Job Info:

Job Location: Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Johor, Kuala Lumpur

Kerja Kosong Terkini Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia akan menjalankan temuduga terbuka bagi mengisi kerja kosong berikut:

Tarikh Jawatan Gaji + Elaun Lokasi
12 Jan 2017 Konstabel Polis Bantuan RM1300 – RM2200 Kuala Lumpur, Selangor
14 Jan 2017 Posmen & Kurier RM1300++ Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya
21 Jan 2017
18 Jan 2017 Posmen & Kurier RM1300++ Pej Tenaga Kerja Bangi, Selangor
1 Feb 2017 Kerani Pos Malaysia RM1400++ Kedah/Perlis

.
Faedah Bekerja Pos Malaysia

  • Jenis jawatan ditawarkan adalah Tetap
  • kemudahan EPF, PERKESO dan Bonus diberikan
  • Uniform percuma
  • Kemudahan rawatan perubatan

.

Permohonan Kerani Pos Malaysia

Calon yang berminat memohon jawatan kosong kerani bolehlah membuat permohonan dengan menghantar Resume beserta salinan sijil akademik (PMR / SPM), 1 Keping gambar berukuran passport serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia,
Pos Malaysia Berhad Kedah / Perlis
Jalan Stadium
05670 Alor Setar, Kedah

Iklan penuh jawatan: Download


Info Temuduga Pos Malaysia

1. Calon yang berminat boleh datang pada hari Temuduga Terbuka Kerani/Posmen/Kurier Pos Malaysia dengan berpakaian kemas (Jeans dan Tshirt tidak dibenarkan) dan bawa bersama semasa datang temuduga (dokumen asal/salinan) resume, sijil berhenti sekolah, sijil-sijil akademik, sijil/dokumen yang berkaitan, lesen B2, D, + GDL (untuk jawatan posmen/kurier) dan gambar passport. Berikut adalah maklumat temudugaa (sila semak tarikh dan lokasi dengan betul):

Tarikh: 14 & 21 Januari 2017
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Lokasi: Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya 03-78735100/5101 (sila cari di Maps @ Waze)
Iklan penuh jawatan: Download

* * * * * * * * * * * * * * *
Tarikh: 18 Januari 2017
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi: Pejabat Tenaga Kerja Bangi, Kompleks Diamond, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (sila cari di Maps @ Waze)
Iklan penuh jawatan: Download


.

Info Jawatan Konstabel Polis Bantuan Pos Malaysia

Calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong Konstabel Polis Bantuan Pos Malaysia hendaklah memenuhi syarat berikut:

  • berumur 18 tahun hingga 30 tahun
  • lulus SPM (minima C untuk Bahasa Melayu)
  • seorang yang tegas, bertanggungjawab, amanah serta boleh menjalankan tugas dengan baik
  • tiada rekod jenayah
  • bekas anggota polis bantuan yang sudah tamat perkhidmatan di tempat laen dialu-alukan memohon
  • tinggi minima 5kaki 4inci / 163cm dan berat badan 50 kg
  • tidak cacat fizikal/rabun warna dan diakui sihat oleh pegawai perubatan

Sekiranya anda memenuhi syarat diatas, anda digalakkan untuk memohon jawatan ini secara online dengan mengisi Borang Permohonan disini.

Bagi kekosongan Polis Bantuan Pos Malaysia di Johor, temuduga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 Disember 2016
Masa: 9 pagi – 5 petang
Lokasi: Pej Polis Bantuan,
Pusat Mel Larkin,
No 4, Jln Bakti, Kawasan Perindustrian Larkin,
80350 Johor Bharu

366 thoughts on “Temuduga Terbuka Pos Malaysia Berhad 2017 (Seluruh Malaysia)”

  1. saya ingin menyertai polis tak kisah apa tapi saya ada satu soalan , saya bukan warganegara malaysia tapi saya ada sijil pendidikan

    Reply
  2. Saya ingin mohon kerja kerani pejabat pos di kawasan Kuala Lumpur atau di Ampang. Kalau ada sila beritahu melalui email yea.

    Reply
  3. Hi dan salam sejahtera.Saya Muhammad Taufiq Bin Jebat dari daerah kuala lumpur mempunyai diploma didalam Pengurusan Hotel ingin memohon untuk mengisi jawatan kekosongan jawatan dalam sektor kerajaan,sekiranya ada kekosongan jawatan tersebut pihak tuan boleh hubungi saya 0176751773 email [email protected]

    Reply
  4. Assalamualaikum, dan salam sejahtera saya Mohd Azroy Bin Mohd Isa dari kelantan, mempunyai SPM, STPM beserta memiliki lesen memandu B2,D + GDL
    Memohon kerja Pos Laju sebagai kerani atau pemandu dan posmen, tak kisah kalau diberi peluang harap maklum melalui email@whtsapp yer 0132527916

    Reply
  5. saya ingin mencari kerja sebagai kerani pos Malaysia di negeri Melaka. hal ini kerana saya telah berkeluarga dan suami saya seorang anggota tentera menyebabkan saya perlu bekerja di negeri Melaka kerana saya perlu menjaga anak saya yang berumur 9 bulan sebelah malam. saya juga ingin berhenti kerja dalam jawatan yang saya sandang sebagai pengurus kedai kerana sering kali perlu kerja lebih waktu dari yang sepatutnya. harap dapat dipertimbangkan permohonan saya ini.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×