Tarikh & Jadual SPM 2023-2024 – Lembaga Peperiksaan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023, yang dikatakan akan bermula lebih awal pada 5 Disember.

Jadual / Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,”katanya pada sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 2022 di Pustaka Raja Tun Uda Seksyen 13 pada Selasa.

Menurut laporan media, peperiksaan SPM 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun depan, selaras dengan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia mengembalikan masa mula persekolahan secara berperingkat kepada Januari asal.

Peperiksaan akan dimulakan dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Lisan pada 8 Januari tahun depan.

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.

Ini berbeza dengan jadual waktu yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula dari 30 Januari hingga 15 Mac yang lalu.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyatakan langkah untuk mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.

Hal ini penting karena tarikh peperiksaan yang paling sesuai sebelum pandemik yang lepas, iaitu bulan November dan Desember, yang merupakan tempoh cuti lebih lama dan juga memudahkan KPM memanfaatkan waktu dan ruang yang tersedia untuk melaksanakan ujian.

ARAHAN AM

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui
portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×