Takwim Sesi Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2024/2025

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan tentang takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2024/2025 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.

Kumpulan Negeri

Penetapan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:

Negeri Kumpulan A

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah

Negeri Kumpulan B

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Buka Sekolah Permulaan Akademik Sesi 2024/2025

Sesi persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 akan bermula pada tarikh berikut:

  • Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 10hb Mac 2024
  • Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 11hb Mac 2024

Berikut adalah lampiran Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B beserta cuti perayaan.

TAKWIM AKADEMIK SESI 2023 / 2024 SEKOLAH KPM (KUMPULAN A)

TAKWIM AKADEMIK SESI 2023 / 2024 SEKOLAH KPM (KUMPULAN B)

CUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024

Muat turun versi PDF : LAMPIRAN_A_B_DAN_C.pdf

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×