SRP Skim Rumah Pertamaku | Kita semua sedia maklum dimana untuk membeli sebuah rumah tidaklah semudah membeli sebuah kereta. Anda perlu membuat pelbagai persiapan termasuklah duit deposit sebanyak 10%.
Namun disebabkan ramai yang tidak dapat menyimpan. Kerajaan telah menyediakan satu skim iaitu Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah dikhaskan kepada pekerja sektor swasta.
Oleh itu, anda tidak perlu untuk memikirkan mengenai wang deposit rumah sebanyak 10% atau kos guaman sebanyak 5% kerana semua akan ditanggung oleh SRP sehingga 100%
Kerjakosong.co akan kongsikan selanjutnya mengenai Skim Rumah Pertamaku sebagai rujukan anda.
MENGENAI SRP
Skim Rumah Pertamaku sudah diwujudkan sejak 2011 lagi dimana ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri pada ketika itu. Tujuan utama skim ini adalah bagi membantu golongan muda yang baru bekerja bagi memiliki rumah pertama. Dengan adanya skim ini, Kerajaan akan membiayai pembelian rumah pertama tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.
Skim ini hanya dikhaskan kepada pekerja di sektor swasta yang berpendapatan kurang RM5000 sebulan sahaja dan rumah yang ingin dibeli hendaklah bernilai dari RM100000 sehingga maksimum RM500000 sahaja.
Tetapi tidak semua layak untuk memohon. Bagi yang tidak layak memohon SRP anda boleh memohon bantuan kerajaan yang lain seperti dibawah :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Skim MyDeposit MyHome
- PR1MA
- PPA1M
- Rumah Mesra Rakyat
[/su_list]
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU SRP
Sebelum anda membuat permohonan, anda perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah pertama sahaja
- Bekerja di sektor swasta, termasuklah mana mana badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pembiayaan/pinjaman perumahan kakitangan kerajaan
- Tidak berumur lebih daripada 40 tahun
- Pendapatan kasar peminjam tidak lebih daripada RM5,000 sebulan bagi perseorangan manakala pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
- Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
[/su_list]
Sekiranya layak, anda boleh isi borang permohonan di bank-bank terlibat antaranya:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Affin Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- HongLeong Bank
- Maybank
- MBSB Bank
- OCBC Bank
- Public Bank
- RHB Bank
- UOB Bank
[/su_list]
SOALAN LAZIM
Q: Bagaimana jika saya bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000, adakah boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR adalah skim yang terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Jika saya bekerja sendiri manakala pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Anda tidak boleh namum pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM320,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam samada perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,300.
Contoh kiraan :
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,300 = RM1,310
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah ini untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai SRP, anda boleh terus menghubungi mana – mana bank seperti dibawah :
Layari portal rasmi Skim Rumah Pertamaku di srp.com.my
Boleh saya memohon skim pinjaman srp sebab saya blum memiliki rumah tapi umur saya tahun ni 41 boleh dapat pencerahan
Saya belum mempunyai rmh mampu milik jadi saya nak sangat kalau berpeluang di daerah bintulu.
Beli untuk rumah kedua boleh?
Sy tak ada rumah duduk rumah sewa
Tolong sy nak rumah bantuan keraajan