SPIN TEKUN: Permohonan Bantuan Sektor Informal RM5000

SPIN TEKUN Permohonan Bantuan Sektor Informal RM5000

Justeru, kami ingin berkongsi berita baik buat usahawan dan perniaga diluar sana, anda boleh membuat permohonan bantuan skim pembiayaaan informal tekun. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Tujuan TEKUN ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu golongan usahawan dan para peniaga diluar sana dalam menyediakan kemudahan dari segi pembiayaan secara mudah dan cepat untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

Bantuan ini juga dianggarkan dapat membantu para usahawan dan peniaga yang terjejas akibat daripada kesan pandemik wabak COVID-19 dinegara kini.

Bukan itu sahaja bantuan ini juga dapat menggalakkan para usahawan sektor informal untuk mendaftar supaya dapat meningkatkan kapasiti dan daya saing usahawan.

APA ITU SEKTOR INFORMAL?

Sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

APA ITU SPIN TEKUN?

SPIN telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Antara tujuan pelaksanaan SPIN TEKUN adalah untuk membantu usahawan yang tidak mempunyai lesen SSM atau PBT bagi memulih dan memulakan perniagaan ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Melalui SPIN TEKUN,kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan skim ini.

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan yang sah.
  3. Mempunyai bukti perniagaan yang dijalankan.

Langkah-langkah Membuat Permohonan:

Pemohon haruslah memuat turun borong-borng dibawah:

Isi borang-borang tersebut dengan lengkap

Para pemohon hendaklah menghantar borang-borang tersebut di pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.

Kadar Pembiayaan

Menerusi pembiayaan SPIN, usahawan dan peniaga dari sektor informal yang berkelayakan akan mendapat bantuan sebanyak RM1000 dan RM5000. Tempoh pembayaran balik yang telah ditetapkan oleh pihak TEKUN Nasional bagi pembiayaan SPIN semula adalah 3 tahun atau 36 bulan. Manakala kadar keuntungan pula adalah sebanyak 4% setahun.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan SPIN, anda boleh behubung dengan pihak khidmat pelanggan TEKUN Nasional di:

Talian: 03-90588550
layari laman web mereka di https://www.tekun.gov.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×