SPA8i

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

SPA8i | Adakah ingin memohon kerja kerajaan tetapi tidak tahu caranya? Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda panduan untuk membuat pendaftaran kerja dalam perkhidmatan awam serta cara untuk membuat semakan SPA8i secara atas talian (online).

SPA8i

Untuk makluman anda, tempoh sah laku bagi pendaftaran adalah satu tahun sahaja, oleh itu pada tahun berikutnya anda perlu mengemaskini semula.

Permohonan jawatan adalah menggunakan dasar One Step Lower :

  • Memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Hanya 15 jawatan sahaja yang boleh dimohon melalui borang SPA8i tidak termasuk jawatan PDRM. Jika permohonan anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pihak SPA boleh membatalkan semua permohonan anda.

PENDAFTARAN PEKERJAAN

Bagi mendaftar SPA8i, anda perlu mengisi borang secara online dan anda dinasihatkan untuk mengguna browser Google Chrome. Anda boleh menggunakan pautan dibawah untuk membuat pendaftaran :

Calon wajib memasukkan alamat emel yang masih digunakan dan dapat diakses kerana ia akan memudahkan pihak SPA membuat hebahan mengenai Peperiksaan/ Assessment Centre/ Temuduga yang berkaitan

SEMAKAN SPA8I 2020spa8i img

Jika anda ingin mengisi SPA8i secara atas talian (online), anda perlu mendapatkan MyID. Anda hanya perlu klik [Daftar MyID Baru] seperti diatas.

spa8i img

Anda perlu memastikan anda telah mengisi semua maklumat yang diperlukan terutama sekali yang bertanda *. Nama dan nombor kad pengenalan perlulah sama dengan didalam kad pengenalan. Nombor telefon dan emel perlulah aktif kerana segala notis dan surat panggilan adalah melalui emel dan telefon.

Setelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mula mengisi SPA8i dan pemohon perlulah membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan.

Antara maklumat yang perlu diisi pemohon termasuklah:

  • Maklumat Pemohon
  • Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM dan sebagainya)
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Maklumat Tambahan seperti kebolehan bahasa

Jika anda adalah pegawai yang sedang berkhidmat, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada Ketua Jabatan serta RIngkasan Kenyataan Perkhidmatan dan perlu dibawa semasa temuduga.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pemohon yang telah berjaya mendaftar, anda boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

Jika paparan menunjukkan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan”,ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Muat turun manual pengguna ini bagi mendapatkan maklumat mengenai proses pendaftaran SPA8i.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!